Apr 30, 2009

Ini tuan haji...nampak ajer ala gini...tapi try ajak main tengok...semua dia juara tau...badminton, bola...dia la scorer...hehehehhe

Ini geng/team lelaki, referee marah diorg..main mcm piala dunia...referee cakap main ni kena rilek2...rilek ar geng....

Ansem tak?
P/S : Baju biru tu available tau....
Ini adalah wira yang selalu dinanti-nantikan...hahahha

Geng Futsal Pompuan....nyah, mcmana tak menang...tengoksize ar..bantam weight..mestilah menang..sila abaikan 3 bdn kecik tu....

Aminnnnn.....

Syabas pada pasukan Godolan Futsal..dah 2 tahun berturut...Juara bertahan

Apr 27, 2009

Ini anak-anak kucing tu

Ada 3 ekor..ikutkan hati nak je aku amek bawa ke PuJ


This is a picture of KTMB building

Inside the hotel...look very mysterious


I am so tired....why most of the time, our planned screwed...why?
maybe because we are not strong enough or cool to face it..
i am fed up....i don't want to wait anymore...please make it happen.....

p/s: to my beloved friend in Bangkok....when u'll visit me in KL? i m waiting.....

Apr 23, 2009

Setiap kali aku pulang, on my way home, aku selalu ternampak buruh-buruh kasar warga asing ini bekerja. Aku terfikir, bagaimana hidup, makan dan minum dia orang di bumi Malaysia ini.
Kadang-kadang orang kita masih belum sedar, betapa untungnya kita yang masih lagi di bumi Malaysia ini tanpa merempat di tempat orang.
Kita perlu bersyukur dengan apa yang ada sekarang, pemerintah yang bijak bermain dengan perpaduan.Jika hilang kestabilan itu, maka kita bakal menjadi seperti nasib warga asing itu.
Oleh itu, aku selalu ingatkan diri, walau bagaimana rupa mereka itu, aku tetap hormat mereka seperti manusia. Siapa tahu , jika kita tak berusaha mengekalkan apa yang ada, mungkin kita seperti mereka......

Apr 20, 2009


Kadang-kadang aku terfikir, kenapa la mak aku ni...aku dah beso panjang still melayan aku bagaikan kanak2 baru nak masuk alam realiti...
Segala kesusahan aku, kesusahan dia juga...segala kegembiraan aku, juga kegembiraan bagi dia..
Aku hargai semua itu..tapi sampai bila mak?

Bagi aku, bila mereka ( kedua ibu bapa tersayang ) sudah masuk ke alam senja..mereka mesti menjaga diri mereka sendiri...menjaga kesihatan fizikal dan rohaniah...

Anak-anak ( termasuk aku ) boleh beri apa saja yang mereka inginkan, tetapi mereka juga perlu menjaga diri mereka sendiri ...Aku selalu ingatkan diri, jangan lupa mereka....di mana nak cari ganti ....

Tiba masa inilah, mereka perlu memikirkan akan diri mereka. Setelah sekian lama menguruskan suami atau isteri dan anak-anak....
dan tiba masanya untuk anak-anak membalas segala pengorbanan mereka....
Bagi anak-anak yang mampu memberi kemewahan..berilah..jangan kedekut ...kita tak rugi...
Bagi mereka yang mampu mencurah kasih sayang, curahlah bagaikan air terjun yang tiada penyudah....

Setiap kegembiraan mereka adalah kebahgiaan...
Setiap kesusahan mereka adalah kensengsaraan...

Tapi, walau apa jua keadaan mereka, mereka tetap menjadi kesayangan ku.....

Apr 19, 2009

Pagi tadi, aku terdengar ceramah motivasi mengenai keluarga...Kali ini aku tertanya-tanya, di dalam keluarga, sebagai seorang isteri dan ibu, yang manakah lebih penting? Suami atau Anak?
Bagi aku memang kedua-dua penting, tetapi suami adalah lebih penting sedikit jika dibandingkan dengan anak..

Bila dikaji balik, kenapa sesebuah keluarga menjadi kucar-kacir? Memang lumrah kalau hidup berkeluarga ada pasang surut..tetapi sebelum badai melanda, adakah kita membuat bersedia atau mengkaji kenapa, apa, bagaimana badai ini terjadi?

Di dalam perkahwinan, adakah kita mengamalkan adat orang lama? Memasak, menjaga makan minum dan kebajikan suami..tak salah kalau kita lakukan semua itu..anggaplah itu satu ibadah..
Air tangan isteri itu lebih berkat..ramai kita yang lupa kan itu semua..menjaga kebajika suami itu adalah sesuatu yang memberi keuntungan...Tak salah juga jika berlembut dengan suami dan keluarga ..( jgn sampai dipijak )...kelembutan wanita itu adalah senjata yang paling tajam...

Anak-anak adalah permata hati, perlu di beri perhatian, jika terlebih diberi maka akan cacatlah ia nanti dari segi akhlak dan mentality?...( terlalu dimanjakan )...Bagaimana harus kita mendidik dan apakah batas-batas mendidik....tetapi kasih sayang tiada batasanya....

Tetapi, jika ujian dan badai itu mendatang juga, kita tak boleh menolak takdir dari Ilahi...mungkin itu ujian buat kita....sebelum itu, kita perlu mengkaji balik...Allah tak uji hambanya tanpa sebab dan mungkin di uji untuk kebahagiaan masa hadapan ....kita juga perlu renung kembali...mungkin kesalahan datang dari kita tanpa disedari..mungkin kesalahan atau dosa lama mengekori kita, mungkin kita terlalu kejam untuk orang lain, mungkin dugaan ini untuk suami kita lalu kita terkena tempiasnya....segala-galanya bersebab..bersabar itu penting...jangan salahkan sesiapa....jangan menuding jari pada sesiapa.....

Setiap saat kita perlu hadapi dengan tenang dan redha.....disamping berusaha memperbaiki setiap kelemahan yang ada......

p/s : Sekadar untuk mengingati diri sendiri...Aku manusia juga...punya kelemahan dan kelebihan....selalu ingatkan diri...menjaga hati sesama insan...jangan sampai yg terluka...

Apr 18, 2009

Dalam permainan atau pertandingan mesti ada adatnya. Kalah atau menang akan menjadi lumrah setiap kehidupan permainan itu....
Kita tidak perlu terlalu yakin akan kemenangan dan kita jangan terlalu hampa dengan kekalahan..
Konsep bermain sama saja...untuk enjoy.
Jika kita terlalu mengharap dan yakin menang, jawabnya 50% akan kalah.
Kika kita terlalu berserah kalah, jawabnya juga 50% akan kalah.
Sekarang sudah faham, bermain untuk enjoy!!!!

Apr 17, 2009

Salam..

Kadang-kadang kita terlupa asal usul kita. Bila kita lihat sekeliling, semuanya adalah nyata.
Kenyataan yang kadang-kadang amat perit untuk ditelan. Setiap bicara haruslah dijaga dengan mengambil kira dari semua sudut. Sudut intelektual dan spiritual.
Mengapa kita harus menipu diri sendiri. Apa hati itu mahu, kita selalu menurut.
Mengapa kita harus berkeras dengan diri sendiri? Adakah ego yang menguasai diri?
Janganlah kita terlalu kejam pada diri sendiri. Jangan kita melupai asal diri kita sendiri.
Bercakap biarlah beralas...kelantangan bersuara biarlah bertempat...

Kita perlu jadi diri kita, tanpa berselindung disamping menjadi yang terbaik...Jangan kita megah dengan apa yang tiada pada orang lain. Jangan terlalu menekan dan ditekan....
Dunia ini sementara, kita harus lakukan apa yang harus dilakukan. Berilah sebanyak peluang yang ada pada diri sendiri dan orang lain. Berniat baik pada setiap insan.
Insan itu tidak sempurna seperti kamu dan aku...Setiap insan itu juga, berbeza perlakuan..
Berilah peluang pada semua....

Wasalam...

Apr 13, 2009

Dah pernah g tugu negara? Best gak..ramai tourist yang dtg...rugi kalu jadi Malaysia citizen kalu tak pernah g Tugu Negara.

Tengah sms sape tu? Ini gambar candid...

Coridor kat KTM

Hotel Heritage Station


Cantik tak bangunan ni...seni warisan kita yang harus dijaga. Kebanyakkan kita lupa akan warisan dan seni budaya tinggalan nenek moyong. Sebenarnya begitu halus budaya kita. Kesopanan yang diwarisi haruslah kita jaga dengan baik. Walaupun kita telah dipengaruhi oleh pelbagai anasir luar, tetapi kita jgn lupa warisan kita. Pemikiran biarlah global, tetapi budaya tetap local....anyway Back to Basic.. B2B......I love Malaysia..Always in my heart....

Apr 8, 2009

Yiaaaaahhhhhh.....

machines yang ada tuk membentuk tubuh supaya tegang dan anjal....body toning

Buat apa tu...

tengah memikirkan apa yang patut dibuat...adakah aku mampu???? hahahha

Apr 4, 2009

Ini bangunan baru yang akan siap ntah bila..
Azri bagi keterangan psal BLESS system...aku tangok jer lar
Dia buat2 cbuk
Ni la aku cakap..Uncle Jerry,Uncle Tom, Uncle Bobby..diaorg semua best...pandai layan kanak2..
Ni Uncle Jerry...budak2 tunggu dia sampai kena beratur..dahla beratur..panjangnya sampai dah boleh buat bulatan kat booth ktorg semua..give credit to them and to Febian* the story teller..
This is how the machine collect the scrap

After it, the machine put the scrap all in container
The model of creepy scrap

Pertandingan badminton berlansung di Presint 11,tapi geng aku kalah ar....punya la semangat nak lawan, tetiba lawan tarik diri..kira bonus ar..pastu lama plak nak kena tunggu turn..dah cold balik semangat tu..


Muka happy, sebab lawan tarik diri...yessss

mellda98 dan mazlia36 ..hahaha

Apr 2, 2009

Habis cun ar nih..pls no comment....hahahha..this photos show how confius we are ..about what?










ni malam untuk nak raikan KP yang dah nak bersara....so mak2 orang, bini2 org n anak2 dara ...apa lagi melaram ler..hehehhe


Kalu nak more n more click la kat mellda98

photo * by mellda98