Showing posts with label feeling. Show all posts
Showing posts with label feeling. Show all posts

Dec 31, 2013

Tahun 2013 sangat memberi makna yang mendalam. Even pada akhir tahun 2012 aku berdoa agar 2013 memberi kebahagiaan dan kesihatan yang baik..tapi takdir Allah lebih kuat. Paling aku berdoa agar mak akan dapat sambut tahun mendatang, tapi Allah lebih menyayangi mak dengan memanggil mak pada bulan September 2013. Dugaan buat kami sekeluarga.Aku juga berdoa agar pangkat naik tahun 2013...tapi aku hanya dapat isi borang kenaikan saja....lagi satu doa paling besar agar kesihatan aku baik...tak mau masuk ward atau emergency....tapi aku kena flu dan demam....so kena masuk emergency....kesan dari itu...aku dapat perubahan fizikal dan mental yg sangat2....So aku faham Allah sudah meletakkan perancangan Dia dahulu...tiada apa yang boleh mengubahnya....aku redha semua .....redha dalam mengkaji kelemahan diri dan cuba berubah...Aku berdoa agar 2014 memberi kebaikan dan lebih baik dari 2013....no demand....

Jul 21, 2013

Mood kadang2 berubah ubah...dah boring pakai 3 layer..pakai ala ini plak..tapi masalahnya .nak kena melilit tu..ish...hebat btol jika boleh maintain...aku dalam sebulan la, aku akan melilit dalam 5 kali sahaja...tapi akan ku usahakan demi trend...walaupun agak ketinggalan

Jun 5, 2013

Cuti sekolah 2 minggu ...ramai la mak mak budak sibuk g jalan bawa anak2 bercuti.aku pun cuti jugak..cuti balik kampung ja...ada 2 sebab aku balik kampung
1. Balik melawat mak and ayah serta saudara mara
2. Balik nak rehat...

Sementara Mydarling balik sana, so aku ada masa lebih sikit untuk luangkan masa untuk family sendiri. Selalu sibuk kerja dan sibuk melayan suami.

Hari pertama balik macam biasa..melawat rumah kaklong dulu sementara tunggu 2nd sis sampai dari Langkawi. Aku stay rumah kampung 1 hari. Tunggu 2nd sis sampai..kami decide check in kat New Regent..tgh2 bandar Alor Star...dapat rehat dengan ibu tersayang. Bapanya ditinggalkan..just for girls...






Hari keduanya  g jalan rumah sedara mara di kampung.


Best jalan kampung...lepak sambil makan mempelam masak...


 Hari Ketiga nya..malam tu ktorg g cari ikan stim asam..ya Allah..sedap sangat....

truly yours

 Letih..cian

 Ibu dan anak


Tinggal Tulang...

Kiranya cuti kali ini..memang all out..dalam 4 hari jugak bercuti....khas untuk my sibling...






Jan 5, 2013

Taal again in TV3..teringat kat arwah abang tersayang..we both love this movie too much....what a wonderfull memory...

Posted via DraftCraft app

Dec 16, 2012

Wah..minggu ni aku rasa sangat bertenaga....siang malam aku bergedik sana sini....kemas rumah, kuar bersosial, balik buat coding, kuar g kedai dengan berjalan kaki, malam masak..bangun pagi kuar lagi, balik buat coding,kemas rumah..sental kipas, kang nanti nak masak, sambung buat coding....cucu baju, mop rumah...ini pencapaian aku yang terbaik selepas aku sakit hari tu.Sebelum ni kalau aku sakit atau demam badan mmg tak bertenaga...letih macam aku berlari 100m....aku akan tidor sepanjang petang tu...Alhamdullilah, aku sihat .Rasa nikmat dapat buat perkara yang aku suka.Aku berdoa agar Allah memelihara kesihatan ini hingga ke akhir hayat.....

Posted via DraftCraft app

Dec 11, 2012

Hari mak aku buat kimo untuk kali kedua....aku call, aku berterima kasih pada kak long, dia teman mak kali ini..happy dengar suara diorang...diorg happy..aku pun happy...esok dah start keje...rindu plak kat kawan-kawan kat opis...
Semalam sempat lagi aku berangan dengan Mydarling pasal tukar kete dan duduk rumah sendiri...hahahah kalau berangan mmg best..pada hal saving bukannya ada....
Hari dan semalam aku suri rumah sepenuh masa...dah addict tgk citer filipino..Lagecy tu.....best jugak..emo btol aku tgk.

Mak nenek tgh dok menulis..kalau aku menulis tanpa gambar rasa macam hilang seri...
Alhamdullilah..aku rasa much more better than day before yesterday...pigmentasi pun dah semakin kurang, badan semakin bertenaga..aku harap aku akan kekal sihat...
Seronok kalau badan sihat dan bertenaga, otak jadi cerdas....aku ada planning untuk tahun depan, harap semua akan menjadi..In Sha Allah..Aku Sayang Allah....

Posted via DraftCraft app

Dec 10, 2012

My Mum Sick
Ya Allah hati ini bagai di runtum bila mendengar mak aku dapat kanser paru paru.Berjujuran la air mata....aku tak tahan , kena berkongsi ...aku call Mydarling n my close friend..i tell them....but no tear..because i dun with crying.Dalam kepala aku ni pelbagai- bagai andaian...yang aku tahu, jika aku kehilangan dia...aku rasa hampir separuh jiwa ku pergi bersama.bayangan...masa dia sakit, aku berdoa ..biarlah aku tanggung separuh dari sakitnya itu...Allhamdullilah...mmg ringan sakit mak aku..tapi aku plak masuk ward ....sebab aku pun sakit...mmg tak lalu makan dan tak bermaya..makan muntah...aku tak sanggup melihat dia sakit..tak sanggup dia hadapi dengan kesakitan....biarlah hanya kami yang tahu apa diantara kami berdua.....sesungguhnya Ya Allah..Kau kuatkan semangat ibu ku..berikan ketenangan dan cekal yang tinggi dalam apa jua yang mendatang....

4- Dis-2012 kimo pertama
11-Dis-2012 kimo kedua
dan ada beberapa siri.....


menahan kesakit...In Sha Allah mak..kami sentiasa disisimu....

Posted via DraftCraft app

Aug 5, 2012

Hari ini, dah setengah bulan Ramadhan dah kita puasa....Alhamdullilah, aku dapat berpuasa kali ini...dan ada teman untuk berbuka puasa..Alhamdullilah...Allah itu Maha Adil dan Penyanyang..setiap hambaNya akan diberi keadilan yang saksama....sepanjang aku berpuasa sebelum ini, aku redha berbuka tanpa Mydarling..hanya bertemankan teman-teman yang senasib dan sudi temankan aku...terima kasih kerana menemaniku...
Berbalik pada mengenang jasa, aku terfikir...siapa yang amat berjasa pada diri yang kerdil ini...Mestilah ibu bapa,suami, kakak, arwah abang dan saudara yang dekat dan jauh....dan yang tidak ketinggalan rakan terdekat...cakap mengenai rakan terdekat ni...Alhamdullilah aku mempunyai sahabat yang sentiasa disisi walau apa jua keadaan....walaupun mereka ini mempunyai pelbagai perangai, karenah dan mulut laser, aku tetap sayang mereka...aku tak peduli apa mereka kata, sebab aku tahu mereka ini ikhlas dan aku tidak pernah syak buruk kepada mereka...Aku bersyukur kerana sahabat-sahabat ini sentiasa bersama dan aku sentiasa mendoakan kebahgiaan mereka....Mereka ini penting bagi aku dikala aku memerlukan pertolongan dan kesusahan....walaupun kita ada suami tapi suami itu adalah 'suami' dan tak semua ceita 'perempuan' boleh dikongsi'...Hanya mereka mepunyai sahabat tahu apa sebenarnya.....Dan aku kenang akan jasa baik sahabat-sahabat hingga ke akhir hayat....Nabi Muhammad pun mempunyai sahabat sehingga ke akhir hayat baginda....

Gambar Hiasan   OH MY KFC.....tetiba....

Jom Layanzzzz...rindu kat diaorg ni laa....
Kawan sekolah Menengah n Rendah
Ae 

Kawan Sukan

Kawan Office


Kawan Menengah n Rendah

Linda

Kakcik


Jun 17, 2012

My boss asked me, why i always late, something bother you in office....i just laugh....actually there was nothing bother me at anyplace...at office , home or anyplace. Frankly it only my attitude or when i feeling sick / uncomfortable . I cant tell them the truth that i will get bored quickly if i doing something repeated . Like everyday going to work, same place, task and people.
But i will try my best with a lot of reason why i am going to work :
1- it "ibadah"
2-work
3-friend
4-have fun
5-doing some stupid things
I really respect people who can present herself at work without fail or feeling any doubtful  / boring....
Doing something repeatedly without fail is require high discipline... it is mean i got low discipline ...but still got some lar even not high like others.



Saya lambat sebab Khairul Fahmi Che Mat - ikhsan dari Kak Yati

Apr 20, 2012


Aku selalu mengingatkan diri, kalau kita matang tak bererti kita sempurna. Belajar dari sesiapa sahaja tak kira dari yang muda dari kita. Kita tak boleh ukur tahap IQ dan pegetahuan melalui usia seseorang. Even orang itu lebih berumur, tapi tahap IQ nya rendah...kadang2 walaupun usianya muda , tapi IQ, pengetahuan dan pengalaman nya tinggi, kita perlu beri perhatian. Pengalaman manusia berlainan dari manusia lain. Hormat setiap  pandangan orang terhadap sesuatu perkara...dan aku juga megingatkan diri aku tak layak nak menilai manusia itu kerana aku juga manusia biasa. Hanya DIA yang menilai siapa diri aku dan manusia lain. Yang aku tahu, aku akan cuma menghormati hati dan perasaan orang lain, beri yang terbaik jika diminta pertolongan dan menjaga hubungan sesama manusia. Aku juga mengingati diri agar tidak berkata kasar atau mengungkit setiap yang terjadi...Aku mengingatkan diri agar menghargai manusia yang setia dengan diri ini dan sayang akan diri ini ...Dunia ini sungguh indah jika kita fahami dan menerima seadanya ..walaupun dunia ini sementara, aku juga mengingatkan diri yang aku adalah milikNYA... - Sue ND

Apr 14, 2012

Lama tak update entry ...tak ada yang baru dalam hidup aku..everything going exactly like HE wants....macam biasa, cuma aku dah tak tau macamana nak turun berat badan ni...makin aku control, degil  betul lemak2 ni..tak mo turun, turun pun 1 kg...lepas naik plak 2 kg..turun, naik, turun, naik....pening..last2 aku ignore jer..yang penting ubat on time...dalam 2-3 hari lepas aku ada mimpi yang indah sangat bagi pasangan yang dah kahwin...aku mimpi mengandung...yang peliknya aku boleh tengok muka baby tu...bila aku suruh Mydarling pegang perut, baby tu boleh senyum lagi...indahkan...kan kan...harap2 mimpi menjadi kenyataan..sebab aku rasa zuriat penting untuk setiap insan atau manusia ....kerana zuriat la dapat kita menyambung kasih sayang suami isteri, kaum keluarga yang lain...tapi kalau ditakdirkanNya aku begini , aku terima tapi aku akan cari jalan lain seperti adopt child....tunggu masa sahaja....
.

Aku rasa sejak dah masuk early 30 ni, macam kurang bersemangat berusaha dalam apa2 jua bidang yang dibuat. Tapi sedar diri, tak boleh buat cam tu, tapi rasa malas....tooolooong...Jom layan Awie Rafael....

Apr 3, 2012

Sejak dua menjak ni, aku cepat sangat terasa ....mau tak nya...tahu la nak menegur, tak boleh ke tegur cara dewasa,  cara baik,  tak payah la sound2 macam entah apa2...aku rasa maybe dia tak pernah rasa apa yang aku rasa...maybe Allah tak uji dia dengan sakit atau susah...Allah uji denga kesenangan...Allah itu maha adil...memang mulut dia , suara dia memang kuat, kadang-kadang bingit aku...tapi aku tetap respect sebab dia seorang yang lebih umur dari aku. Kalau tak ...  memang la aku ni seorang rule breaker , nakal pun ada, tapi ada juga perasaan....susah betul kalau orang yang tak memahami perasaan orang, tau nak sound direct ja....entah la..sekarang aku boleh terima, nanti kalau aku dah jauh hati, macam mana? mampukah aku berdepan denga situasi ini....
Sesetengah manusia itu telah berusaha, berusaha tanpa henti tapi Allah masih memberi ujian demi ujian tanpa henti...itu beerti manusia itu dekat dengan Allah .....kerana Allah beri ujian demi ujian kerana Allah menyayangi hambaNya ini.....

Mar 28, 2012


It my feeling right now..need some more oxygen to breath..

Mar 13, 2012

Pandangla..Lihatla....Muka ku yang tembam dan badan ku yang gempal...
Semua ini adalah dugaan buat insan seperti ku ini...ada yang memahami dan ada yang tidak..tapi aku mengerti semuanya bukan kemahuan ku jadi begini..walau apa pun aku bersyukur pada mu Ilahi kerana masih memberi sedikit ruamg untuk ku menginsafi kejahilan hidup di dunia yang sementara ini....

Mar 11, 2012

Usually, malam Ahad akan menjadi malam yang amat memboringkan..sekarang no more , I watch TV my whole nite...even I am not ASTRO customer, but i still can enjoy my day...I love to watching TV...specially The Adventures of MERLIN...


From left to right: Guinevere, Gaius, Morgana,Merlin, Arthur, Uther and the Great Dragon in the background.

Epik Drama macam ni fun to watch, kadangkala boleh buat darah aku nail ..geram melihat kejahatan, dendam dan cinta....
So sweet , Raja yang jatuh cinta dengan tukang gaji ...so fantasy... dan ahli sihir yang paling hebat di era itu amatlah humble...banyak disilit unsur moral ....that what i like about Merlin......

Jan 20, 2012

Lazimnya manusia sangat memberi perhatian dan mengawasi kesihatan fizikal. Pengawasan dibuat dengan seribu satu macam cara. Apabila mengalami sakit atau sebarang gangguan, biasanya tanpa lengah lagi manusia akan segera menemui doktor. Andainya tidak berkesan daripada rawatan biasa, berpindah pula ke doktor atau rawatan pakar.

Anehnya, tidak demikian sikap manusia dalam menghadapi penyakit hati atau rohani. Sama ada manusia mengambil sikap terus tidak peduli langsung atau memandang remeh terhadap persoalan hati atau roh. Padahal kesan dan akibat daripada penyakit hati atau roh bukan sahaja mencetuskan berbagai kejahatan dan kemungkaran malah akan diseksa di Neraka Allah SWT di Akhirat kelak, wal’iyazubillah.

Marilah sama-sama kita lihat mengapa terlalu pentingnya menjaga hati atau roh yang di antaranya seperti berikut:


1. Kerana roh itu kekal atau dikekalkan, tidak seperti fizikal (jasad lahir), ia binasa. Di Akhirat kelak, roh itu akan diberi jasad baru.


2. Roh itulah yang akan menerima atau merasa nikmat atau azab bersama jasad barunya di Akhirat kelak.


3. Ia adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan yang mana sama-sama ingin mengisi. Malaikat dengan iman, syaitan dengan kekufuran atau malaikat dengan keyakinan, syaitan dengan keraguan.


4. Ia adalah tempat jatuhnya ilham atau ilmu laduni (dapat ilmu tanpa belajar), ia merupakan wahbiah (anugerah) daripada Allah. Akal tempat ilmu nazali (ilmu yang dipelajari).


5. Roh kalau ia bersih, Allah beri ia rasa yang tepat atau firasat.


6. Roh kalau ia terlalu bersih, matanya lebih tajam dari mata lahir atau mata kepala, sebahagian perkara yang ghaib Allah perlihatkan kepadanya. Itulah yang dikatakan mukasyafatul qulub.


7. Roh atau hati adalah raja dalam diri. Kalau hati itu baik, ia akan arahkan tentera-tenteranya iaitu anggota lahir atau jawarih kepada kebaikan. Kalau ia jahat, ia akan arah tenteranya membuat kejahatan.


8. Kerana ia boleh menerima sifat-sifat mahmudah yang dikehendaki dan juga boleh menerima sifat-sifat mazmumah yang dibenci dan dikeji yang sayugianya hendaklah dibuang atau dijauhi.


9. Ia adalah merupakan tempat merasa iaitu susah atau senang, bahagia atau dukacita, rasa sempit atau rasa lapang, rasa keluh-kesah atau tenang, rasa kecewa atau ceria, rasa putus asa atau harapan yang cerah, rasa benci atau suka, rasa ragu atau percaya, rasa pesimis atau optimis, rasa rindu atau simpati.


10. Sikap jasad lahir atau tingkah laku adalah pancaran dari hati atau roh sama ada baik ataupun buruk.


11. Hati tempat penglihatan dan nilaian Tuhan manakala jasad lahir tempat pandangan makhluk.


12. Hidayah yang lahir, ia adalah punca dari yang batin atau roh atau hati.


13. Sifat mahmudah yang paling terpuji ialah ikhlas, penentu segala amalan seseorang itu diterima atau ditolak ialah bertapak pada roh atau hati, malaikat pun tidak tahu, hanya Allah yang mengetahui.


14. Seseorang yang membuat kebaikan, orang tidak kata baik tangannya, kakinya, tapi orang berkata baik hatinya.


15. Ketahanan yang lahir adalah berpunca daripada ketahanan yang baik yakni roh atau hati.


16. Segala perubahan yang lahir ini berpunca daripada perubahan yang batin yakni roh atau hatinya.


17. Penyakit roh atau hati membawa ke Neraka, penyakit lahir membawa ke Syurga (segala kesusahan dan kesakitan lahiriah merupakan kifarah dosa).


18. Penyakit lahir walau bagaimana teruk sekalipun, ia hanya merosakkan badan, tapi penyakit roh atau hati menghancurkan apa yang ada di dunia ini.


19. Penyakit badan kalau sudah teruk sangat, membawa mati badan, tapi penyakit roh atau hati membawa matinya iman dan Islam.


20. Penyakit badan sakitnya tidak kekal, tapi penyakit roh atau hati seksanya kekal abadi.


21. Penyakit lahir hanya manusia yang benci, tapi penyakit batin Allah benci.


22. Penyakit lahir menguruskan badan, tapi penyakit batin menguruskan iman.


23. Di dalam tidur, adakalanya mendapat alamat di dalam mimpi sama ada secara jelas atau ibarat. Ia diperlihatkan kepada roh, bukan kepada mata kasar.


24. Rasulullah SAW menyuruh takut dengan pandangan mata hati atau pandangan roh. Allah tidak mengatakan agar takut kepada pandangan mata kasar. Maksudnya: “Takutilah firasat orang mukmin, kerana ia melihat dengan cahaya Allah.” (Riwayat At Tarmizi)


25. Penyakit lahir tidak dipandang hina oleh Islam, tapi penyakit batin dipandang hina.


26. Penyakit lahir tidak sampai hilang kepercayaan orang, tapi penyakit batin sampai menghilangkan kepercayaan orang.


27. Penyakit lahir tidak membawa permusuhan, perpecahan dan peperangan, tapi penyakit batin membawa pergaduhan, perpecahan dan peperangan.


28. Roh boleh mengembara tanpa jasad dan dapat melihat perkara- perkara yang ajaib dengan izin Allah.


29. Selepas mati, roh boleh balik ke dunia dan dapat melihat keluarganya, tidak seperti jasad.


30. Penyakit lahir orang simpati, penyakit batin orang tidak simpati. Oleh kerana pentingnya hati dan roh, maka ia hendaklah dijaga sungguh-sungguh iaitu:


a. Wajib kita memberi makanan yang cukup. Makanannya ialah sembahyang, zikrullah, membaca Al Quran, tasbih, tahmid, selawat, melihat kebesaran-Nya melalui pemandangan dan mengingati mati.


b. Memberi ia pakaian iaitu dengan sifat-sifat taqwa.


c. Jauhkan dari sebarang penyakit seperti marah, bakhil, pendendam, sombong, riyak, ujub dan sebagainya.


d. Muhasabah terhadapnya selalu.


e. Sanggup bermujahadah, membersihkan dan memberi ia makan serta pakaian.

Jan 14, 2012

What is LOVE. Love definition to ME adalah sesuatu perasaan yang tidak dapat digambarkan atau diungkapkan. Ia akan terasa di hati dimana jika aku tak dapat melihatnya, hati rasa gundah, kalau tak dapat rasanya aku rasa kecewa. Jika tidak disisi diwaktu sepatutnya, aku mula tertanya-tanya. Kadang-kala bila aku sibuk buat sesuatu, tetiba aku akan teringatkan dia. Jika aku dalam kesusahan , dia lah insan pertama yang aku inginkan. Kalau aku dalam kegembiraan dia lah insan pertama yang ingin aku kongsi senyuman. Cinta itu terlalu dekat di hati sehingga ia menjadi sesuatu yang tak berasas. Cinta adalah sesuatu pengalaman yang amat berharga dan bersifat mengajar sehingga aku sanggup mencari cinta.
Cinta hati hanya lah dihati tetapi cinta abadi hanya untukNya...dalam hidup aku memang terlalu banyak cinta...Aku ada 6 rukun CINTA sendiri ..iaitu..CINTA kepada ALLAH, CINTA kepada SUAMI, CINTA kepada KELUARGA, CINTA kepada SAHABAT, CINTA kepada DIRI, CINTA kepada ALAM...itulah 6 RUKUN CINTA yang aku ada....

Aku percaya pada quot di atas, aku dan dia pernah mengalaminya, dimana aku CINTA akan dia , tetapi aku menolak perasaan itu atas sebab-sebab tertentu dan pergi pada insan lain yang juga atas sebab tertentu, akhirnya tak happy dan akhirnya aku kembali pada dia atas satu sebab sahaja iaitu CINTA dan Alhamdullilah setakat ini kami bahagia dan gembira dengan CINTA kami ini walaupun pelbagai dugaan dan rintangan sepanjang yang kami tempuh.

Jan 13, 2012

Walaupun kadang-kadang hidup aku dilanda bermacam-macam dugaan dan rintangan, tapi aku akan hadapi dengan penuh keredhaan dan keseronokan. Sebab :
1. Aku tak tahu apa yang akan berlaku esok hari
2. Aku tak tahu bila ajal akan menjemput
3. Aku mahu orang yang aku sayang sentiasa bahagia dan gembira
4. Aku mahu melihat dunia sentiasa tersenyum
5. Aku yakin Allah itu adil dan maha mengetahui dan menyayangi
6. Aku yakin Allah itu tahu hati aku
7. Aku yakin Allah itu satu
8. Aku redha dengan ujianNya
9. Aku redha dengan ketentuanNya
10. Aku redha yang aku adalah hambaNya yang serba kekurangan

Setiap kepayahan itu ada diselit dengan seribu kesenangan, sabar menghadapi segala ujianNya dan berterima kasih pada belas kasihNya....I am pround to be myself..I feel I born to be strong woman.....Alhamdullilah....

Jan 3, 2012

I feel good so far, even 2011 already past and left me a lot of happiness, sadness and goodness. Counting day to my 33 birthday. 2011 really gave me challenge that I never thought that I can get through it. The things came with miracle and gave me strength to get up this year 2012. 2011 also show me who really they are, giving me 100% from their heart . Take care of me, give me courage and spirit to make me strong and healthier. I must appreciate this people than others. Family, Mydarling and close friends, love you ...even sometimes I am being annoying and ridiculous but deep inside my heart , I never meant to do it...It came spontaneously. I am sorry...
Forget about past, we open a new book, new account and new look. I promise to fix everything.....hope my 2012 giving me prosperity in life......Amiiin....

Dec 15, 2011

Kadang-kadang aku terfikir, kelebihan diri aku ini, mungkin kekurangan bagi sesetengah orang lain. So, tak payah la aku bercerita tentang kelebihan pada orang lain. Mungkin akan menguris dan mengundang kesedihan pada seseorang. Bila aku ke facebook, membaca wall, kadang-kadang aku rasa ralat dengan sesetengah friends aku telah mentelanjangkan kelebihan mereka....adakah mereka tidak terfikir, itu semua akan mengundang kesedihan pada orang lain. Ermmmm.....Contohnya, mereka bercerita betapa cantiknya badan mereka itu...sehingga menjadi kegilaan lelaki, apakah perasaan friends lain yang berbadan besar yang mana, dia telah berusaha menguruskan badan tetapi gagal dan gagal digilai walaupun seorang lelaki.....
Contoh2...seseorang berkahwin dan hidup bahagia , lalu menceritakan kebahgiaan kepada wall dengan meletakkan status yang dia lah yang paling bahagia dah tak ada orang lain dah.....walaupun friends lain (yang baik hatinya) mendoakan kebahagiannya itu, tapi masih terasa kekurangan jika hidup sesetengah rumahtangga friends itu sedang meruntuh......Oleh itu, jangan terlalu kita menunjukkan kelebihan yang diberiNya , mungkin ia akan menguris hati dan perasaan insan yang kurang bernasib baik....