Jul 15, 2011

Mana staff ni?

 Datang seorang jenguk , pas tu pergi balik?
Hilang lagi..please upgrade the kaunter and staff attitude pleaseeee.....sbb ada ramai customer di depan menunggu urusan untuk dilaksanakan...rasanya time ni dah jam 10.00 pagi daaaa...

Jul 8, 2011

http://grpv.cc/Equ  ----klik sini tgk model baru
Pada 6 dan 7 Julai 20011 , aku ada appoitnment di Hospital Putrajaya. Alhamdullilah, senang aku dengar Dr. Mazni cakap yang semua darah aku dah ok. Cuma hormon tiroid yang kurang stabil, tapi masih dalam kawalan. Tak perlu makan ubat untuk itu. So, aku akan jumpa atau datang ke klinik endocrine ni tahun depan la jawapnya..aku bersyukur sangat. Tapi dalam lagi 2 minggu harus lah aku ke klinik ni lagi, tapi klinik rheumato plak. Tengok darah lain plak. Aku berdoa agar semua akan normal balik.

6/7/11
 Ini la kad hospital...buku oppoitnment. Dah nak habis helaian ni dah...tapi sekarang baru nak update cerita dalam blog. Cerita lama2 sudah lupa daaaa...
 Mokcik ni dok tunggu giliran seperti aku
 Bilik E, yang selalu aku kunjungi, blood sucker ramai dalam ni..ngeri

7/7/11
 Kaunter Klinik Medical...
 Ini sebelah Klinik Medical, Klinik Hidung, Tekak dan Telinga
 Ramai jugak orang, specially warga tua
 Board drs pakar
Dah tinggal beberapa pesakit, but still nama aku tidak dipanggil lagi...

Jul 4, 2011

Monday Blues...sangat la mengantuk . Setiap Isnin aku pasti akan keletihan sebab keboringan. So, apa lagi, cari pasal la. So Mella98 ajak g suatu tempat yang sesuatu yang akan nak elak. ( mulut ja rasa nak elak, tapi hati mau, mau mau....) 
Satu pembaharuan, kat Alamanda ada TGI Friday dan aku sangat alukan kalau Chillies join the club. Apa lagi , my buddy and I telah serang sana on Monday guys....Customer tak ramai masa lunch hour, kalau happy hour aku tak sure. Best jugak, baru meriah sikit hidup ni. Opposite TGI Friday ada The Garden. So, it will be next destination . Pinggan licin, lapar kot, tapi bfast nasi lemak jugak. Memang dasar perut 1st class.
 Oleh kerana agak malu, so aku ambik gambar curi2 cam ni...

Ermmm..mesti moon face aku akan ada...
dan tangan Mellda98 pun ada....

Chicken's Friday Sandwich, 
Double-Stack Chicken Quesadillas, Mango Juice n dessert.. Heavenly True...
Rajinkan aku update blog, macam dah addict nak menaip..sementara aku rajin ni, elok la, kang aku malas dan jadi pelupa.

Jul 3, 2011

Setelah penat berdiri di tengah panas sepena karnival SPA...inilah hasilnya. Dok fikir mau minum apa.......Haahah...dah dapat White Coffe HazelNut  Sedaapppppp....

kcik dok tengok menu ..mau makan apa hah! ----------------------------->


Ini lah diantara tangkapan yang dapat untuk hari itu.

Khidmat Nasihat yang diberikan adalah sangat tidak membantu. Aku rasa untuk lepasan2 boleh la pergi, tapi untuk penganggur yang mau cari kerja, agak ralat...



Ramai la jugak, lagipun booth nya kecil. Yang mana datang semua tanya, kita beratur ni untuk apa..hahahh Apa la graduation kita ni..memang tak independant, tujuan beratur pun tak tau. Pergi la tanya urusetia dihadapan. Suka buat propa ....

Ahad, aku g jumpa  my buddy.....tgk kete, Mr.Kent buat hal lagi . Dah jadi macam pe'el lama, naik bukit ja, dah sempot, so mbe sebab timing setting tak betul. So, this week tugasan aku betulkan timing Mr .Ken yang dah anropous tu...Malam aku pekena nasi berayani Pakistani kat P15 dengan Saidah. Sedap jugak, Saidah makan Berayani Ayam dan aku order Tandori Kebab dengan mutton curry dan sila lihat dibawah
.
.
.
V
V

 Teh O Masala

Saidah tonton bola. Malaysia kalah dengan China Taipei 2-1, Anyway Malaysia layak ke peringkat ke-2.
p/s : Ada waiter tu macam Shah Rukh Khan tapi size S hahaahahah dan kalau nak tengok makanan tu, sila pergi sendiri ke Kebab and Beryani Restaurant kat Presint 15, dekat Putrajaya. Sedap....

Jul 1, 2011

We present you.......Miss Hindi  

Wah..cantik tak? Cantikkan ...so sweet

Namaste..Mere Nam Iman Nafishah hey...
Ada momok dibelakang hey hehehhehehhe
Aku ada perkara serius ingin dilakukan selepas ini. Dah banyak perkara yang aku buat untuk memantapkan pengetahuan dan pengalama dalam berniaga. Jual baju dah, jual baju bayar ansuran kat opis dah, tolong orang jual nasi lemak dah, jadi sales girl kedai buka dah, jual cupcakes dan barang PC kat opis pun dah dan sekarang aku nak belajar jadi tukang membeli barang komputer untuk orang sibuk dan tak sempat membeli. Aku buat semua ni bukan untuk saja-saja, tapi ingin mengutip setiap pengalaman yang ada untuk perancangan masa depan iaitu untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Minat untuk berniaga memang menebal dalam diri ini, cuma tak ada pengalaman dan keberanian.Tapi itu semua bukan alasan untuk mengalah. Aku inginkan empayar aku sendiri suatu hari nanti.Aku kagum betul dengan Iron Lady Malaysia. Datuk Maznah .

"Finish each day and be done with it. You have done what you could; some blunders and absurdities have crept in; forget them as soon as you can. Tomorrow is a new day; you shall begin it serenely and with too high a spirit to be encumbered with your old nonsense." - Ralph Waldo Emerson