Jul 1, 2011

Aku ada perkara serius ingin dilakukan selepas ini. Dah banyak perkara yang aku buat untuk memantapkan pengetahuan dan pengalama dalam berniaga. Jual baju dah, jual baju bayar ansuran kat opis dah, tolong orang jual nasi lemak dah, jadi sales girl kedai buka dah, jual cupcakes dan barang PC kat opis pun dah dan sekarang aku nak belajar jadi tukang membeli barang komputer untuk orang sibuk dan tak sempat membeli. Aku buat semua ni bukan untuk saja-saja, tapi ingin mengutip setiap pengalaman yang ada untuk perancangan masa depan iaitu untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Minat untuk berniaga memang menebal dalam diri ini, cuma tak ada pengalaman dan keberanian.Tapi itu semua bukan alasan untuk mengalah. Aku inginkan empayar aku sendiri suatu hari nanti.Aku kagum betul dengan Iron Lady Malaysia. Datuk Maznah .

"Finish each day and be done with it. You have done what you could; some blunders and absurdities have crept in; forget them as soon as you can. Tomorrow is a new day; you shall begin it serenely and with too high a spirit to be encumbered with your old nonsense." - Ralph Waldo Emerson

0 comments :