May 20, 2009

Macam mana nak buat mimpi itu menjadi satu kenyataan...Adakah kita sanggup meninggalkan segala kestabilan dan zon selesa kita ke sesuatu yang mencabar dan tiada kepastian. Aku sendiri kurang pasti. Tak semua kita mempunyai satu sifat yang berani dan tabah. Tak semua kita dapat melawan arus deras dan tak semua kita dapat menyangka sesuatu perkara yang akan terjadi. 
Aku mula terfikir, bagaimana kehidupan Bill Gates sebelum ini. Contoh paling dekat adalah kehidupan Tun Mahathir sebelum ini. Beliau sanggup dan buat apa sahaja demi mencapai impian dan prinsip hidup beliau. Adakah kita mampu?
Bagaimana kita nak mampukan diri menjadi cekal seperti mereka-mereka yang berjaya? Adakah formulakah? Bagaimana kita nak cipta nama se gah mereka?Adakah jampi serapah dapat membantu...
Semua ni sudah tertulis....cuma kita yang dapat memilihnya.....sama ada terus begini atau berubah...walaupun 1000 kali kita berusaha , 1000 kali kita gagal, kejayaan pasti akan datang....
berharap itu satu doa....bersabar itu ada hikmahnya....
Kadangkala,hidup ini terlalu transparent dan adakala terlalu misteri...sehingga kita tidak dapat menduga apa yang bakal terjadi....then, how to make your dream come true? figure it out by your self la jawabnya......

0 comments :