Kekadang hidup ni penuh dengan prinsip. Perlukah kita mengikut prinsip yang telah kita buat atau perlukah ia hanya perlu menjadi sesuatu rujukan untuk hidup.
Perlukah kita terlalu tegas dalam hidup ini atau kita perlu biarkan tanpa batasan?
Berpegang pada agama adalah sesuatu yang lurus, adat + agama apa akan jadi...jadinya bengkok...
Kebanyakkan kita sekarang telah salah , terlalu mengikut adat...sehingga agama yang begitu relevan menjadi sesuatu yang sulit..betul tak?
Aku pun tak faham...adakah melayu sahaja begini atau dimana-mana pun sama?
Fikiran aku terlalu global....bagi aku manusia itu tetap insan walau dari mana datangnya...adakah semua mereka berfikiran seperti aku? entah lar.....
Pening jika di fikirkan...sebab itu lar melayu akan hilang di dunia...melayu perlu fikiran terbuka...adat melayu itu hanya sebuah undang-undang yang perlu diubah mengikut edaran masa...sopan santun perlu tempatnya....bersabar perlu tahapnya....jika kita selesa dengan apa yang ada, memang melayu akan luput di dunia..ingat expired date dah dekat.....ada kalanya baik jika kita bermulut celupar....
0 comments :
Post a Comment