Nov 12, 2009

Salam

hidup insan di dunia ini hanyalah sementara sahaja. kita asyik dan tidak berpuashati dengan apa yang kita ada sehingga kita terlupa ada yang lebih memerlukan. kenapa kita sering mengejar sesuatu yang belum pasti menjadi milik kita. mengapa kita asyik lupa bahawa dosa semalam akan mengekori kita kecuali ia akan terhapus dengan taubat. kadang-kadang kita asyik bercerita mengenai kemahuan kita dan terlupa mengenai batasannya. insan itu tidak akan sempurna jika tiada imam di dada. berilah peluang wahai insan lain untuk insan ini berfikir dan bertafakur mengenai kebahagiaan sendiri. setiap insan mempunyai ruang untuk bernafas, bernafaslah dengan penuh keyakinan bahawa Allah sentiasa berada pada insan yang berhati mulia....

Nov 11, 2009

ehem...
disebalik tadbir merah
amboi cik kak depan tu
mana linda ni...photoghrapher
lentok inul

Kuang-kuang...i got no idea what to write..cantik tak template baru ni...nak ucapkan selamat kembali kepada my best n my soul fren ever Jackie sbb dah nak blk semenanjung...sekian lama kita berpisahkan..akhirnya dapat juga jackie blk..hehehhe
tengok betapa comelnya kitaorg...dari sekolah rendah, sekolah menengah, matrik dan kami terpisah ..tetapi tak jauh..dia g UKM aku g PTPL...tapi still jumpakan Jackie...I wish u will find ur happinest...as a fren i will always behind n support u forever n what ever decision u make....
i love u my soul fren...

Nov 10, 2009

salam...

kadang-kadang aku selalu terfikir sendiri...sekarang ni bila nak buat maksiat mmg senang...boleh jer kat mana-mana. rumah sewa ker..hotel ker...kalau 5 star hotel lagi bagus..kenapa tindakan akan hanya di ambil bila ada report sahaja ? apakah relevannya report itu? bolehkah jika kita atau penduduk sekeliling yang cukup saksi buat serbuan tanpa menunggu pihak berkuasa. kadang-kadang undang-undang itu sendiri telah menghadkan segala tindakan kita. kenapa boleh jadik macam tu.
kalau nak bernikah...cukuplah susah..kena kursus, minta cop sana sini..kena tempah tarikh imam lagi...upah lagi..adakah ini semua penyebab terdapat banyak kes-kes yang tidak sepatutnya? kadang-kadang undang-undang lama ini patut di lihat dan digubal kembali demi semua.....

Nov 6, 2009

salam...
setiap penantian amatlah terseksa. kadang-kadang terfikir juga, setiap yang berlaku ada hikmah disebalik kejadian. kesusahan dan kepayahan itu ada ganjarannya jika kita bersabar. segala kesenangan itu tak semestinya selamanya....jika tidak ada kesyukuran , kesenangan itu menjadi kepayahan.