Nov 12, 2009

Salam

hidup insan di dunia ini hanyalah sementara sahaja. kita asyik dan tidak berpuashati dengan apa yang kita ada sehingga kita terlupa ada yang lebih memerlukan. kenapa kita sering mengejar sesuatu yang belum pasti menjadi milik kita. mengapa kita asyik lupa bahawa dosa semalam akan mengekori kita kecuali ia akan terhapus dengan taubat. kadang-kadang kita asyik bercerita mengenai kemahuan kita dan terlupa mengenai batasannya. insan itu tidak akan sempurna jika tiada imam di dada. berilah peluang wahai insan lain untuk insan ini berfikir dan bertafakur mengenai kebahagiaan sendiri. setiap insan mempunyai ruang untuk bernafas, bernafaslah dengan penuh keyakinan bahawa Allah sentiasa berada pada insan yang berhati mulia....

0 comments :