Kencing kotor hampir setiap wanita akan kena . Aku pun kena , biasalah, setiap wanita yang dah berkahwin atau yang dah ehem ehem, kalau tak menjaga kebersihan pasti akan kena. Kadang-kadang datang dari pasangan kita. Tapi tak semestinya disebab oleh perkara itu, kurang minum air juga dan bebera faktor lain.So, klinik terdekat aku g, Klinik Mediviron di Putrajaya. Doc dia pompuan yang sangat baik dan very understanding. Kalau Doc Halim tu, aku malu skit dan tak akan pergi kalau time dia. hehehe
Berikut ada beberapa fakta secara general.
Jangkitan kuman pada saluran air kencing selalu berlaku kepada wanita yang kurang minum air dan sering menahan perasaan untuk kencing. Pesakit yang baru menjalani pembedahan yang dimasukkan saluran getah ke dalam saluran kencingnya turut mudah mendapat jangkitan. Keadaan kencing berdarah seperti pesakit batu karang buah pinggang juga mudah mendapat jangkitan pada saluran dan pundi kencing. Tandanya ialah kencing yang tak lawas, kencing pedih dan panas, kencing berdarah, sakit di ari-ari dan perasaan loya. Jika ia menjadi semakin serius, maka sakit akan mula naik ke bahagian pinggang dan demam pada sekitar suhu 38.5° Celcius. Keadaan ini di panggil ascending pyelonephritis dan memerlukan rawatan antibiotik secara parenteral (intravenous) dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang lebih serius. Bagi yang baru mendapat simptom kencing kotor, dinasihatkan berjumpa doktor untuk memeriksa kencing dan mendapatkan rawatan (antibiotik). Minum air secukupnya iaitu 8 gelas sehari dan jangan tahan kencing.