Feb 7, 2011


" Setiap kata dusta itu akan menjerat diri sendiri "

Aku selalu terdengar pelbagai masalah kawan-kawan, kawan kepada kawan dan anonymous. Mereka selalu mencerita cerita yang bahagia dan cerita duka. Aku kadang-kadang tak memahami apa yang mereka mahu sebenarnya dan apa yang mahu mereka cuba sampaikan. Adakah aku boleh memahami sedangkan aku tidak melalui detik-detik yang mereka lalui. Fahamkah aku. Aku cuba memahami dengan meletakkan diri ini dalam situasi mereka itu. Tapi aku rasa tak sama dengan apa yang mereka lalui dan aku faham ada sesetengah perkara aku tak perlu memberi pendapat dan buat-buat tahu. Kalau perkara yang macam ini, aku faham.Kalau tidak tahu , baik 'diam' , kalau orang bertanya baik 'jawab', kalau tidak pasti/tahu baik 'tanya'.

Tetapi aku agak 'kagum' dengan sesetangah manusia yang tahu semua perkara yang orang lain lalui. Meraka bagaikan tuhan yang membuat peraturan dunia. Adakah mereka faham sebenarnya? Adakah mereka benar-benar melaluinya ? atau mereka cuba faham dan huraikan perkara itu mengikut peraturan mereka sendiri dan mengatakan ia benar. ermmmmm sungguh tinggi 'firasat' mereka ini. Aku tidak faham bagaimana mereka ini mempunyai pemikiran yang begitu kreatif  mengambarkan keadaan itu. Hati mereka ini sungguh 'super'.

Oleh itu, aku mengingatkan diri supaya berfikir secara 'intelligent' dan cuba memahai sedaya yang mampu, tanpa berlakon dan buat-buat faham dan jangan sesekali memberi pendapat sampah.Sungguh subjektif.....

0 comments :