Seronok bila ingat kembali zaman bercinta ni....kalau merajuk, akan dipujuk...hadiah sentiasa ada..bagi aku hadiah paling bermakna dalam hidup selepas berumahtangga adalah mempunyai suami yang cool, sekepala, bertolak ansur and humor...walaupun dia tak berapa bertanggungjawab, kurang beribadah dan sedikit kedekut..aku tetap bersyukur dia masih lagi boleh massage aku dikala aku lenguh, belikan panadol dikala aku pening, bekalkan aku nasi dikala aku sakit, memberi sedikit wang dikala aku tak cukup duit, ketawa jika aku lawak bodoh, mendengar jika aku mengadu, marahi aku jika aku salah, menghormati keputusan ku, hobi yang sama dengan ku dan menghargai masakan ...kadang-kala bila orang sekeliling berpendapat kami tak sepadan dan berisiko ..hakikatnya kami bahagia walau fizikal , bahasa dan adat kami berbeza....Alhamdullilah..ini semua adalah rezeki dariNya
Walaupun tak sempurna, aku akan pastikan kami sama-sama menuju kejalan kesempurnaan itu, menjadi muslim dan muslimah yang baik....moga hubungan halal dan murni ini diredha dan dirahmatiNya....berdua bukan hanya berdua tetapi dua penuh dengan tanggungjawab, memahami,bertolak ansur dan menyanyangi....jika hilang semua itu, tiada maknalah hidup berdua...Aku bersyukur dan terima segala kelemahan dia, aku yang memilih dia sebagai teman hidup, aku yang mencorakkan jiwa ini, aku yang mencetuskan kebahgiaan rumahtangga ku sendiri dan ia bukan satu kerja mudah...aku jadikan ia sebagai salah satu cabaran hidup ini...moga Allah merahmati perjuangan kami...Aamiiiin.........
0 comments :
Post a Comment