Showing posts with label checkup. Show all posts
Showing posts with label checkup. Show all posts

Jul 15, 2012

I can smile happily...Akhirnya..setelah seminggu lebih gigi ni menghantui diri ..sampai demam-demam...tadi pagi aku dah tak tahan sangat, cari klinik yang buka on Sunday..Alhamdullilah ada..di Bandar Baru Bangi Seksyen 3..

Klinik Pergigian Impian
No 4A Jalan 3/69
Section 3 
Bandar Baru Bangi
Selangor, Malaysia
Tel: +603 8920 3758

Opening Hours
Mon-Thurs: 9am-9pm
Fri-Sat 9am-5pm 
Sun & Public Hol: 10am-3pm

Treatment available
General

So , bagi yang tak ada masa hari bekerja silalah ke klinik ini...

(abaikan keserabutan blackhead diwajahku, sebab tengah serabut sakit gigi)

Feb 21, 2012

Aku keluar rumah jam 8.45 am, fuh..dasat, memang tak ada parking di Hospital Putrajaya ..aku dah naik panas..tapi kena kontrol, takut kang Doc ambik bacaan darah...so aku decide, beside aku parking kat hospital, lebih baik aku parking kat Putrajaya Sentral dan naik shuttle van.Ok la, 5-10 min sekali , van akan datang ambik kat Putrajaya Sentral...purata orang yang naik aku tgk 2 org sekali jalan...
Kalau pasal SLE aku. SLE still tgh dok diam...tak aktif, aku harap tak aktif sampai bila2...pred diturunkan dari 12.5mg ke 10 mg..yang lain sama..cuma dalam urine ada protein...tu yang tak best.

Prosidur macam biasa, ambik no daftar.

Macam biasa jugak..no aku ala2 gini..

Ini ala abg yang bawa van shuttle

Van hospital rupa dia gini....

Bawah ini adalah sedikit maklumat megenai Shuttle Van Hospital Putrajaya.

JADUAL PERGERAKAN PERKHIDMATAN SHUTTLE VAN
BAGI HOSPITAL PUTRAJAYA TAHUN 2011



time

*NOTA: Kepada sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan shuttle van dari jam 6.15 petang hingga jam 10.00 malam atau jika terdapatsebarang kecemasan sila hubungi CALL CENTRE Hospital Putrajaya di talian 83124200 samb. 2302. Sila dapatkan maklumat di Kaunter Info (I) di Lobi Utama, Hospital Putrajaya.




Dec 21, 2011


Ermmm, patut la, kadang2 cepat beno aku rasa nak marah, sayu dan tersinggung. Aku cuba nak redhakan perasaan ni, tapi tangkap kepala jadi pening. Cam na nak buat ni? Perlukah aku luahkan semua perasaan hingga boleh menginggung perasaan orang lain demi menjaga hati ni dan penyakit ni ....dulu kalau marah2 pun tak la sampai pening....sekarang tidak lagi....
Kes 1 : Situasi kereta buat hal, aku dok fikir , macamana kalau aku bawa tetiba kereta rosak tgh jalan, memang ada kereta lagi satu, tapi itu Mydarling buat g kerja, dok fikir , dok buat kira2...sampai tertidur. Esoknya bangun pagi terus ngap kepala pening..... 

Kes 2 : Waktu menunggu ubat di farmasi....tetiba aku jadi tension ngan kaunter yang lambat dan terhengeh2....sebelum ni aku tahan, sekarang aku cepat naik temp...pastu terus pening...ish..ish...
Kesannya : Aku dah ambik ubat darah tinggi dan kolestrol plak setelah 9 bulan dengan SLE...


Ubat-ubat baru dan lama...


287 lagi nak tunggu giliran sampai..dah hangin dah 1 bab


Ramai sangat, aku dah macam nak give up...

Nov 9, 2011

Macam biasa g check up, ambik nombor-jumpa doctor-ambil ubat
Tapi kali ni aku amat berharap agar ubat prednisolone di turunkan....ermmm...doc tak berani lagi nak turunkan ubat, mbe another 2 month from now..alhamdullilah, darah semua ok, cuma albumim ( hati ) naik skit, mbe aku ada makan sthing yang buat tak stabil. Anyway, overall ok, still mainatan ok. Tapi yang tak best bila dah byk mkn ubat ni, mcam2 implikasi yang datang, sakit tulang la, rashes, macam lagi la.... 
 Ini klinik rheumato n medical

Ini salah satu effect dari ubat prednisolone yang aku telan, macam jerawat di belakang telinga. Actually kat pipi pun ada jugak. Doc kasi ubat cuci ceramide...gambar dibawah ini baru-baru naik rashes, sekarang dah banyak....
( gambar terbalik sudahhhh)

Taraa, alhamdullilah, ini la sweet yang doc bagi untuk 42 hari bersamaan 6 minggu dari hari ini...sila jamu selera....jangan malu-malu...

Sep 7, 2011

Orang sibuk beraya pergi open housekan. Aku pergi jugak, pergi beraya di Hoaspital Putrajaya...Setakat ambik darah aku ok lagi. Ini nak jumpa doc, aku penat sikit, sebab terpaksa tunggu lama,.Walaupun rasa macam awal dah datang, tapi ada lagi yang awal tuuu
Actually , ni first time aku selama ini pergi check up 2 klinik berlainan dalam satu masa. Sungguh cemas keadaan nya....tak tenang aku dibuatnya, habis satu daftar , pergi lagi satu kaunter. Pas tu tunggu yang mana panggil dulu, terkejar-kejar juga aku di buatnya. Last2 aku ambik keputusan aku tunggu yang kaunter E, elok-elok aku nak labuhkan punggung ku yg seksi ini, nombor dipanggil..Alhamdullilah, nasib baik tak terlepas, ramalan ku benar belaka. Pas habis baru pergi kaunter A...yang ini agak lambat..dah kul 1.00 tgh lebih, baru la nama dipanggil...lama jugak aku berbincang ngan doc, hampir-hampir kul 2 pm. Aku dah cuak, lalu minta la MC..dapat babe...
 Kaunter Pendaftaran Hospital Putrajaya
 Ini baru daftar kat depan, belum lagi daftar klinik..
Warga sakit

Habis saja , aku pun tekan minyak ke BB, tengok kedai sewa baru di Low Yat...entah tak da keputusan lagi...kita tunggu , bos mau pelan apa....

Jun 1, 2011

Kenapa aku memperkenalkan hospital putrajaya? Saja ja, aku memperkenalkan rumah persinggahan aku entah berapa lama lagi. Selama ni tak pernah masuk spitalkan, so aku agak impress dengan semangat juang para doctor dan nurse disini. Mereka amatlah didikasi membuat kerja. Terlalu menyayangi pesakit mereka. Doctor kat sini kebanyakkan yang muda. Rasa aku yang jaga ward tu doctor junior dan yang jaga klinik kat bawah tu adalah doctor senior.
Rutin di ward, pagi dalam jam 7.00 am datanglah para nurse yang sedang menjalankan praktikal membuat kerja .Sambil-sambil tu breakfast pun sampai. Dalam jam 7.30 am , doctor ward akan datang melawat dan mengambil darah. Ada 3 kali doctor datang melawat. Last lawatan adalah doctor pakar. Sungguh detail dan diaorg menggunakan semua sistem online. Segala history ada disitu. So, tak ada kemungkinan doctor akan membuat andaian yang salah. Nurse disini ok dan mesra. Jarang la aku nampak yang moody. Selama aku di hospital ni  ( http://www.hpj.gov.my ) , puas hati jugak walaupun keputusan test yang diaorg buat amatlah lama.

Tengok  dinding jer

 Tgk la kaki tu, dah kena cocok. Sampai sekarang sel kulit mati masih ada walau di sentai dgn scrub

 Tenghari masing tengok muka jiran sebelah, pakat dok senyum kat diri masing-masing. Almaklumlah semua pakat dok sakit, so tak leh citer banyak-banyak...hehehehhe
Bila doctor datang kat jiran seblah , aku mula pasang telinga hahahahha.....