Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Aug 5, 2012

Hari ini, dah setengah bulan Ramadhan dah kita puasa....Alhamdullilah, aku dapat berpuasa kali ini...dan ada teman untuk berbuka puasa..Alhamdullilah...Allah itu Maha Adil dan Penyanyang..setiap hambaNya akan diberi keadilan yang saksama....sepanjang aku berpuasa sebelum ini, aku redha berbuka tanpa Mydarling..hanya bertemankan teman-teman yang senasib dan sudi temankan aku...terima kasih kerana menemaniku...
Berbalik pada mengenang jasa, aku terfikir...siapa yang amat berjasa pada diri yang kerdil ini...Mestilah ibu bapa,suami, kakak, arwah abang dan saudara yang dekat dan jauh....dan yang tidak ketinggalan rakan terdekat...cakap mengenai rakan terdekat ni...Alhamdullilah aku mempunyai sahabat yang sentiasa disisi walau apa jua keadaan....walaupun mereka ini mempunyai pelbagai perangai, karenah dan mulut laser, aku tetap sayang mereka...aku tak peduli apa mereka kata, sebab aku tahu mereka ini ikhlas dan aku tidak pernah syak buruk kepada mereka...Aku bersyukur kerana sahabat-sahabat ini sentiasa bersama dan aku sentiasa mendoakan kebahgiaan mereka....Mereka ini penting bagi aku dikala aku memerlukan pertolongan dan kesusahan....walaupun kita ada suami tapi suami itu adalah 'suami' dan tak semua ceita 'perempuan' boleh dikongsi'...Hanya mereka mepunyai sahabat tahu apa sebenarnya.....Dan aku kenang akan jasa baik sahabat-sahabat hingga ke akhir hayat....Nabi Muhammad pun mempunyai sahabat sehingga ke akhir hayat baginda....

Gambar Hiasan   OH MY KFC.....tetiba....

Jom Layanzzzz...rindu kat diaorg ni laa....
Kawan sekolah Menengah n Rendah
Ae 

Kawan Sukan

Kawan Office


Kawan Menengah n Rendah

Linda

Kakcik


Jun 22, 2011

Actually, aku pun macam couple lain, kenal cinta dan kahwin ( nikah la ), tapi macam-macam dugaan yang kami hadapi. Dari hari ke hari, kami harungi jugak, kerana kami percaya , hati kami akan bersatu ( walau ada sedikit konflik kadang2 ) .Bila kita bersama soulmate , kita akan rasa so secure, boleh bercakap apa saja, boleh berbincang apa jua topik, boleh bergaduh, pujuk , sedih, gembira dan macam-macam. Even kadang-kadang aku boleh berkongsi rasa , masalah dan hal perempuan jugak. Aku punya soulmate, kalau siapa tak kenal, memang nampak tak friendly lansung. Dengan wajah yang fierce dan jarang senyum serta berkata-kata pedas. Tapi aku boleh terima.Bercinta halal ini memang seronok. Kita akan rasa lebih bahagia dari dalam dan pengorbanan tak sia-sia kerana diberkatiNya. Kadang-kadang lepas kahwin ni, memang banyak dugaan. Memang betul, tapi bila kita hadapi fasa dugaan dengan bijak dan tenang, InsyaAllah kita akan terasa nikmatnya.Banyak sabar dan berfikiran rasional.

Mamat spastik mana ni....

Walaupun berlainan halatuju, tetapi satu hati..hehehehhe. Pandang pun lain-lain hala...

Feb 7, 2011


" Setiap kata dusta itu akan menjerat diri sendiri "

Aku selalu terdengar pelbagai masalah kawan-kawan, kawan kepada kawan dan anonymous. Mereka selalu mencerita cerita yang bahagia dan cerita duka. Aku kadang-kadang tak memahami apa yang mereka mahu sebenarnya dan apa yang mahu mereka cuba sampaikan. Adakah aku boleh memahami sedangkan aku tidak melalui detik-detik yang mereka lalui. Fahamkah aku. Aku cuba memahami dengan meletakkan diri ini dalam situasi mereka itu. Tapi aku rasa tak sama dengan apa yang mereka lalui dan aku faham ada sesetengah perkara aku tak perlu memberi pendapat dan buat-buat tahu. Kalau perkara yang macam ini, aku faham.Kalau tidak tahu , baik 'diam' , kalau orang bertanya baik 'jawab', kalau tidak pasti/tahu baik 'tanya'.

Tetapi aku agak 'kagum' dengan sesetangah manusia yang tahu semua perkara yang orang lain lalui. Meraka bagaikan tuhan yang membuat peraturan dunia. Adakah mereka faham sebenarnya? Adakah mereka benar-benar melaluinya ? atau mereka cuba faham dan huraikan perkara itu mengikut peraturan mereka sendiri dan mengatakan ia benar. ermmmmm sungguh tinggi 'firasat' mereka ini. Aku tidak faham bagaimana mereka ini mempunyai pemikiran yang begitu kreatif  mengambarkan keadaan itu. Hati mereka ini sungguh 'super'.

Oleh itu, aku mengingatkan diri supaya berfikir secara 'intelligent' dan cuba memahai sedaya yang mampu, tanpa berlakon dan buat-buat faham dan jangan sesekali memberi pendapat sampah.Sungguh subjektif.....