Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Feb 12, 2012

Ini adalah main reason kulit kepala aku menjadi normal. Dah hampir 3 tahun lama dah aku menghadapi masalah kulit kepala yang teruk sehingga memalukan, akhirnya dengan izin Allah aku dapat mengatasi dengan produk ni. Siapa yang tak malu, mahkota wanita adalah rambut...kalau rambut macam &^%% ,itu ibarat wanita yang tak tau jaga kebersihan .
Begini kisahnya, setelah aku tersedar bahawa rambut adalah aset bagi diriku, aku mula mencari-cari solution untuk memperbaiki kelemahan ini Aku memang nak try pergi YU NAM, tapi mahal teramat....setelah berbulan-bulan aku cuba produk lain pun tak berkesan. Suatu petang aku berjalan sorang-sorang di Alamanda Putrajaya, time tu duit dalam poket tgh tebal, aku pun masuk dalam Salon rambut kat situ. Actually ada 2 salon, tapi aku pilih Heaven tak salah aku. Sekarang dah tutup...hehehhe
So, hair dresser recommended aku buat treatment ni, tak la mahal dalam RM3++. First dia cuci kulit kepala dengan salah satu ubat dari LOREAL, pastu dia stimkan rambut dan last kali dia basuh rambut aku dengan shanpoo ni...proses dalam 2 jam. Aku amalkan shampoo setiap hari dan letak serum setiap 2 hari sekali . 1 botol boleh tahan 3 bulan, sebab rambut aku jenis tak lebat. Dapatla pakai 3 bulan. Hanya 1 botol sahaja alhamdullilah, aku dapat mempertahankan mahkota wanita aku iaitu rambut. Kulit kepala tak seperti dulu lagi. Rambut gugur berkurangan, tapi rambut tak la tumbuh merimbun, just maintain naik skit-skit, atleast ada naik dari dulu yang sentiasa dok mengugur ja..Sekarang dah habis aku pakai. so aku maintain dengan Himalaya Protein Sahmpoo sahaja....http://crushpot.blogspot.com/2012/01/produk-shampooto-be-share.html


Aku beli ni dah hampir 2 tahun lepas..aku simpan botol ni buat sample kalau2 kulit kepala jadi seperti dulu..

Jan 31, 2012

Actually, kandungan shampoo ini sama saja, cuma yang satu botol panjang dan lagi satu botol pendek gemuk...anyway , Himalaya ni sangat bagus untuk aku dah hampir 2 tahun guna, no dandruff . Kulit kepala sentiasa bersih dan harum. Masalah kulit kepala aku amatlah kritikal dulu, sampai opismate tegur..
Rambut gugur dan kulit kepala berkarat..eee..malu ooooo. Tapi alhamdullilah, atlast aku jumpa Himalaya ni..no chemical..Dah berbotol-botol aku guna..so far kulit kepala bersih.... :> just nak share...

Dec 24, 2011

Panduan Mengetahui Jika Seseorang Itu Menipu:
1. Belajarlah untuk mengenali defleksi : Kebiasaannya, orang yang berbohong akan menceritakan kisah-kisah yang benar tetapi tidak menjawab soalan yang ditujukan kepada mereka. Sebagai contoh, jika mereka ditanya “ Adakah anda pernah memukul isteri anda?”. Mereka menjawab “ Saya mencintai isteri saya sepenuh hati, mengapa saya berbuat sedemikian?”. Secara teknikal, mereka menyatakan kebenaran tetapi mereka hakikatnya mengelak untuk menjawab soalan yang asal dan bererti mereka sedang berbohong.
2. Jawapan yang meleret: Mereka yang menjawab soalan meleret adalah cenderung untuk menipu untuk mendapatkan kepercayaan anda. Contohnya “ Ibu saya tinggal di Perancis, bukankah seronok tinggal di sana? Tidakkah anda suka melihat menara Eiffel? Ia sangat bersihkan?”. Jawapan mereka adalah lebih daripada apa yang diminta.
3. Illustrator dan Manipulator : Illustrator adalah mereka yang bercakap benar di mana mereka mereka menggunakan gerakan tangan ketika bercakap. Mereka yang menggunakan gerak tangan ketika bercakap adalah mereka yang bercakap benar. Manipulator pula adalah lawan kepada Illustrator. Manipulator boleh bermain dengan jam tangan anda atau menarik cuping telinga anda ketika sedang bercakap dengan mereka. Orang yang berkelakuan seperti ini cenderung untuk menyembunyikan sesuatu. Setiap manusia mempunyai reptile tissue di mana ia akan merasa gatal ketika seseorang sedang menipu. Sebelum memastikan seseorang menipu, anda perlu membuktikan base line terlebih dahulu.
4. Membuktikan Base line: Base line ialah garis panduan asas untuk mengesan seseorang itu menipu. Anda seharusnya perlu membuktikan base line sebelum tindakan yang seterusnya. Bagaimana jika seseorang itu memang sudah gatal hidungnya dari rumah. Dan orang yang bertanya soalan kepada anda menyangka anda menipu kerana menggaru hidung ketika menjawab soalannya? Apakah yang perlu seseorang lakukan dalam mebuktikan base line tersebut? Untuk membuktikan base line tersebut, tanyalah soalan-soalan yang tidak membuatkan seseorang hendak menipu seperti nama mereka, apakah pekerjaan mereka dan sebagainya.
5. Mengesan ekspresi Mikro: Ekspresi mikro ialah perubahan air muka seseorang dalam tempoh kurang daripada 25 saat di mana perubahan air muka ini mendedahkan emosi atau perasaan sebenar seseorang. Sesetengah individu adalah secara semulajadi sensitif terhadap perubahan air muka seseorang tetapi kebanyakan individu dengan mudah dapat melatih diri mereka sendiri untuk mengesan ekspresi mikro ini. Bahagian-bahagian ekspresi ini kebiasaannya ialah kelopak mata atas dan bawah, hujung mata, mulut, otot-otot di sekitar mulut dan dahi.
6. Berjabat tangan : Bila anda berjumpa dengan seseorang yang anda rasa dia menipu anda, bersalamlah dengannya(ok, patutlah Patrick Jane selalu minta kat orang nak pegang tangan). Rasa suhu tangannya. Bila anda pasti mereka sedang menipu, berpura-puralah yang anda harus cepat pergi sambil memegang tangannya sebagai sentuhan selamat tinggal. Jika suhu tangan mereka sejuk, mereka sebenarnya takut kerana menipu.
7. Perhatikan gerakan mata seseorang: Orang yang menipu kebiasaaannya akan lama bertentangan mata dengan individu di hadapannya. Individu yang bercakap benar secara semulajadi akan memandang ke arah lain dan tertumpu kepada sesuatu objek yang tidak bergerak untuk membantu mereka lebih fokus dan ingat kenyataan yang benar. Orang yang menipu akan sengaja membina kontak mata dengan individu di hadapannya untuk kelihatan lebih tulus dan ikhlas. Anda boleh mengetahui samada seseorang mengingati sesuatu atau membuat satu fakta baru berdasarkan gerakan anak mata mereka. Jika seseorang sedang cuba mengingati sesuatu anak matanya akan ke kanan manakala jika seseorang sedang membuat fakta baru anak matanya akan ke kiri. Tetapi tidak semuanya akan ke kiri jika mereka menipu.
8. Berjaga-jaga dengan emosi penipu:
o Tiada tempoh masa ketika bersoal jawab jika seseorang menipu: Jika anda menanya soalan kepada seseorang dan dia menjawabnya serta merta, mereka berpotensi untuk menipu. Ini disebabkan mereka sudah bersedia dengan jawapan yang dilatih untuk mempercepatkan proses soal jawab. Lambat dalam memberi jawapan juga berpotensi membuatkan seseorang menipu. Untuk bercakap benar, otak manusia akan menggunakan 2 bahagian dalam otak dan untuk menipu, otak manusia memerlukan 6 bahagian otak. Jika penipu tersebut bercakap banyak, anda seharusnya bertanyakan apa yang terjadi dalam tempoh terdekat sebelum itu? Kebiasaannya orang yang menipu akan menghadapi masalah dalam menceritakan sesuatu yang terjadi sebelumnya kerana dalam fikiran mereka hanya dilatih untuk memberitahu sesuatu yang akan terjadi, bukan apa yang telah tejadi. Dan jika orang menipu tersenyum, ekpresi senyuman mereka hanyalah terhad di sekitar mulut sahaja, tidak pada keseluruhan wajah.
o Beri perhatian kepada reaksi orang yang menipu jika anda menanyakan soalan: Kebiasaannya, orang yang menipu akan merasa tidak selesa di mana mereka akan menoleh ke kiri dan ke kanan dan tubuh mereka beralih ke arah lain atau secara tidak sedar mereka menempatkan sesuatu objek di antara anda dan mereka. Bagi mereka yang bercakap benar dan yakin mereka tidak bersalah akan melahirkan ekspresi marah dalam mikro ekspresi selepas anda menyatakan bahawa anda tidak mempercayai kata-kata mereka. Manakala orang yang bersalah akan bersikap mempertahankan diri mereka dengan meyakinkan anda dengan fakta mereka (lihat defleksi).
9. Perhatikan penggunaan perkataan yang digunakan. Ekspresi kata-kata memberikan banyak maklumat jika seseorang itu menipu seperti :
o Menggunakan dan mengulang-ulang perkataan yang anda gunakan dalam pertanyaan anda.
o Tidak menggunakan kontraksi.
o Mengelak dari jawapan sebenar dan menambah cerita (defleksi)
o Banyak bercakap dalam usaha meyakinkan
o Bercakap dengan tone suara yang mendatar
o Berterabur ketika bercakap
o Menggunakan ayat seperti “ Saya akan beritahu ini sekali sahaja…”
o Membuat lawak untuk mengelak objektif proses
10. Senyap sebentar: Jika mereka menipu, mereka akan merasa tidak selesa jika anda merenungnya dengan eskpresi tidak percaya. Jika mereka bercakap benar, mereka akan marah atau kecewa ( mengetap bibir dan kelopak mata menegang)
11. Tukar topik dengan cepat: Individu yang tidak bersalah akan keliru dengan topik yang ditukar dengan cepat dan akan cuba untuk kembali kepada topic sebelumnya manakala orang yang bersalah akan merasa lega dengan topik yang ditukar. Mereka akan merasa lebih lapang dan santai.
12. Lihat tekaknya: Orang yang menipu akan cuba untuk membasahkan tekaknya dengan cara kerap menelan air liur atau batuk kecil untuk melegakan ketegangan dalam tegaknya yang dibina. Suara juga merupakan tanda terbaik untuk menentukan samada mereka menipu atau tidak, mereka menjadi lebih cepat atau lambat bercakap dari kebiasaannya atau tiba-tiba bercakap dengan nada yang tinggi.
13. Hakimi watak mereka: Kebanyakan individu akan bercakap benar dan akan memastikan reputasi mereka terjaga. Orang yang menipu akan cuba meningkatkan reputasi mereka sehingga mereka kelihatan merekalah yang paling berkaliber, tidak seperti yang orang sangkakan mereka adalah penipu.