Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Jan 5, 2014

Kali ni aku cuma buat ice cream...oleh kerana sambutan menggalakan dari mydarling....so i repeat buat ice cream...vanilla n coklat...

Bahan2:
3 cawan susu full cream
1/3 susu pekat
2 sudu ovalette
1 sudu kecil vanilla (untuk perasa vanilla)
Or
2 sudu besar serbuk coklat van houtan
1 biji telur....

Senang saja...masukkan  semua dalam mixer....sampai betul2 kembang....
Taburkan kacang gajus yg di tumbuk kecil2
Or
Taburkan coklat rice....

Simpan semalaman di dlm peti ais beku...

Selamat mencuba

Feb 6, 2012

-Tonite Menu-
Meatball Curry n Capati

Actually, aku ambik resepi dari buku...
Sediakan meatball yang dibuat sendiri,
dalam meatball letak
1/2 sudu kecil coriander
1/2 sudu kecil cumin
1/2 sudu kecil pepper
1 sudu kecil plain yogurt
garam secukup rasa
gaulkan sekali, buat corak bulat-bulat

Ini nak buat garam masala..tapi versi aku yang serba kekurangan ini
2 sudu kecil coriander
2 sudu kecil cumin
2 sudu cardamon seed
1 batang kulit kayu manis
4 bunga cengkih
goreng semua rempah diatas sehingga masak , lepas tu tumbuh atau mesin hingga menjadi serbuk garam masala....


Tumbuk seperti dibawah

Dah siap hehehe
panaskan kuali, goreng meatball dulu, ala2 masak,
pastu angkat dan tumis bawang besar dan putih sehingga naik wangi dan brown.
letakkan garam masala 1 sudi kecil, 1 sudu kecil tumeric, 1 sudu sebuk cili 
gaul semua sehingga mesra, letakkan 1 biji tomato yang dipotong dadu
biarkan sampai masak,  letakkan 4 sudu kecil yougurt plain sedikit demi sedikit
Masukkan meatball....
Masak sehingga pekat...siap.

Feb 4, 2012

Hari ini aku nak masak Tanddori Chicken makan dengan Capati..
Resepi dalam buku..tiru sebijik, tengok apa akan terjadi nanti...ayam ni kena marinate dalam 12 jam , tapi aku ambik dalam 2 jam sahaja...

 Sambil masak tengok resepi

 Tandoori masala yang telah siap ditumbuk dan digaul dengan ayam

 Harap-harap dapat warna dan sedap macam ni

Haruslah ditutup supaya rasa dapat dikawal

Recipe :
1/2 kg ayam
1 biji bawang
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil coriander seed
1/2 sudu kecil cumin seed
2-3 biji cili dibuang biji
Bahan-bahan ini hendak di tumbuk sehingga halus

*1/2 sudu kecil serbuk cili
*1 sudu kecil paprika
*1/2 garam

Setelah siap ditumbuk, gaul dengan bahan bertanda *, dan disapu sebati di ayam. Setelah itu, tutup dan perap selama 12 jam......
Selamat Mencuba