Feb 15, 2012

Hari buat kali pertamanya aku  menyakiti Mr.Kent setelah 8 tahun, sorry my dear machine....aku tak sengaja g cium kereta depan aku tu....sangat la terkejut. Dah la aku dah lewat dan sentiasa lewat ke kerja...memang it was my fault, tapi alhamdullilah, kereta satria tu tak ada calar atau rosak teruk, cuma Mr.Kent aku saja yang macam dah kena langgar lori..bumper depan pecah tuuuu....Ikut hati aku dah tak mo pakai kereta buatan nasional, sebab kena langgar skit , riuh dan sakit macam kena banyak.Dugaan banyak betul....Tahun 2012 adalah tahun semua machines aku rosak....washing machine, vakuum, car......mungkin ini adalah satu petanda yang baik..kita nantikan ....

Tension lagi

Feb 12, 2012

Ini adalah main reason kulit kepala aku menjadi normal. Dah hampir 3 tahun lama dah aku menghadapi masalah kulit kepala yang teruk sehingga memalukan, akhirnya dengan izin Allah aku dapat mengatasi dengan produk ni. Siapa yang tak malu, mahkota wanita adalah rambut...kalau rambut macam &^%% ,itu ibarat wanita yang tak tau jaga kebersihan .
Begini kisahnya, setelah aku tersedar bahawa rambut adalah aset bagi diriku, aku mula mencari-cari solution untuk memperbaiki kelemahan ini Aku memang nak try pergi YU NAM, tapi mahal teramat....setelah berbulan-bulan aku cuba produk lain pun tak berkesan. Suatu petang aku berjalan sorang-sorang di Alamanda Putrajaya, time tu duit dalam poket tgh tebal, aku pun masuk dalam Salon rambut kat situ. Actually ada 2 salon, tapi aku pilih Heaven tak salah aku. Sekarang dah tutup...hehehhe
So, hair dresser recommended aku buat treatment ni, tak la mahal dalam RM3++. First dia cuci kulit kepala dengan salah satu ubat dari LOREAL, pastu dia stimkan rambut dan last kali dia basuh rambut aku dengan shanpoo ni...proses dalam 2 jam. Aku amalkan shampoo setiap hari dan letak serum setiap 2 hari sekali . 1 botol boleh tahan 3 bulan, sebab rambut aku jenis tak lebat. Dapatla pakai 3 bulan. Hanya 1 botol sahaja alhamdullilah, aku dapat mempertahankan mahkota wanita aku iaitu rambut. Kulit kepala tak seperti dulu lagi. Rambut gugur berkurangan, tapi rambut tak la tumbuh merimbun, just maintain naik skit-skit, atleast ada naik dari dulu yang sentiasa dok mengugur ja..Sekarang dah habis aku pakai. so aku maintain dengan Himalaya Protein Sahmpoo sahaja....http://crushpot.blogspot.com/2012/01/produk-shampooto-be-share.html


Aku beli ni dah hampir 2 tahun lepas..aku simpan botol ni buat sample kalau2 kulit kepala jadi seperti dulu..

Feb 11, 2012

Semalam, balik saja opis terus bergegas ke Presint 14, apa lagi 6P ler..aku kan berurusan dengan warga asing heheheh.....nak daftar staff yang tercicir..paspport sepatutnya kena valid sehingga 1 tahun, sebelum ni one of the staff passport hanya 6 bulan. Sepatutnya bagitau la awal2. Dalam kaunter 6P ni, ada dua jabatan terlibat, satu imigresen dan satu lagi KDN. Yang bahagian semak menyemak Imigresesn yang buat dan masa interview KDN yang buat. So, dari situ kita dah tahu yang diaorg tak well brief dari orang yang terlibat. Anyway ok jer, sebab di sini selesa, boleh sabar menunggu . Dah akhir-akhir tarikh due ni, tak ramai dah. Sebelum ni, sesak dan ada yang dah mengamuk.Di Presint 2 , pun ada, tapi ya Allah, ramai betul. Siap ada jualan makanan lagi. Untuk kemudahan semua.
 Antara flow yang kena buat :
1. Ambil No di kaunter hadapan untuk daftar/update majikan dan staff
2. Lepas daftar/update, dapat slip PATI untu majikan
3. Ambil No di kaunter hadapan untuk dapatkan tarikh interview
4. Sebelum buat semakan, kena binding semua dokumen yang lengkap.Jika tak lengkap , pegawai tak akan
verified tarikh interview. Kena buat sehingga lengkap.
5. Datang pada tarikh dan masa yang ditetapkan untuk interview.
6. Bila lulus, bayar LEVI dalam RM1,800 anggaran  seorang pekerja.
7. Bila dah bayar, dapat letter approval dan buat check up kesihatan (FOMEMA)
8. Update secara online dan akhirnya VISA permit pekerja am akan dikeluarkan dalam masa 3 hari, cuba banyangkan berapa ramai perkerja warga asing yang dah daftar dan bayar LEVI.
1,800 x 1juta = RM ? ( pun tak mampu naik kan gaji gov servant dengan adilnya )
Ini baru bab ni, macamana dengan other tax? food tax, import tax, car tax other taxes ? 

Bos tengah isi borang
Isi borang maklumat dulu
Diantara kaunter sementara yang ada di Presint 14

Lepas hempas pulas penat menunggu , aku gi makan di MR.BRIYANI AND KEBAB Presint 14.
Memang sedap, aku suka, beryani tak macam kedai mamak, kedai mamak no kualiti. Nan pun sedap, kena denga tekak aku and mydarling. 

Feb 6, 2012

-Tonite Menu-
Meatball Curry n Capati

Actually, aku ambik resepi dari buku...
Sediakan meatball yang dibuat sendiri,
dalam meatball letak
1/2 sudu kecil coriander
1/2 sudu kecil cumin
1/2 sudu kecil pepper
1 sudu kecil plain yogurt
garam secukup rasa
gaulkan sekali, buat corak bulat-bulat

Ini nak buat garam masala..tapi versi aku yang serba kekurangan ini
2 sudu kecil coriander
2 sudu kecil cumin
2 sudu cardamon seed
1 batang kulit kayu manis
4 bunga cengkih
goreng semua rempah diatas sehingga masak , lepas tu tumbuh atau mesin hingga menjadi serbuk garam masala....


Tumbuk seperti dibawah

Dah siap hehehe
panaskan kuali, goreng meatball dulu, ala2 masak,
pastu angkat dan tumis bawang besar dan putih sehingga naik wangi dan brown.
letakkan garam masala 1 sudi kecil, 1 sudu kecil tumeric, 1 sudu sebuk cili 
gaul semua sehingga mesra, letakkan 1 biji tomato yang dipotong dadu
biarkan sampai masak,  letakkan 4 sudu kecil yougurt plain sedikit demi sedikit
Masukkan meatball....
Masak sehingga pekat...siap.

Actually, cuti 2 hari aku dok umah ja....rasa nak keluar, tapi tak tahu nak p mana. Dulu bukan main ligat aku boleh kuar jalan sana-sini. Ada ja tempat nak di tuju , tapi skang aku rasa lebih baik dok rumah. Maybe zaman berjalan aku dah habis kot, dulu seluruh pelosok KL ni aku round...Bila berada di rumah, rasa aman ja....Actually banyak benda yang nak dikemaskan...almaklumlah, aku la tukang kemas dan tukang kelam kabutkan rumah sendiri...
Sabtu...memang tak rasa macam cuti panjang, bangun pagi pun dah kul 12 tghari...
Ahad..ada lunch appointment dengan family fren Mydarling..lepak sampai 4 pm jugak..balik dah ngantuk kekeyangan...syurga dunia betul...sedap betul bini dia masak....memang beza dengan masakan Melayu kita, Pakistani food among the best food in the world...( tapi ku tetap pilih sambal belacan hehehhe)
Isnin....pun bangun nun jauh dari waktu pagi...niat nak g basuh baju, dah hujan pula..terpaksa tunda hingga ke waktu yang bersesuaian....

Ini one of their kids, sangat cakap banyak dan bersungguh2 bila bercakap...actually malu nak ambik gambar makanan, kang apa kata diaorg plak..ni pun tangkap curi-curi..aku rasa, aku bukan born to be blogger hahahha, tapi atleast ada kenangan nak coretkan..kalau tak aku lupa..sebut pasal lupa, mmg lupa, aku tak letakkan appointment terkini g hospital, dah terlepas ambik darah 2.2.2012...sepatutnya aku ada tulis kat banner tepi tu...terlepas sudah...kalau aku letak kat blog ni, aku akan tengok juga appointment tu...jawabnya hari rabu akan ku pergi...ada baiknya blog ni...heheheh

Feb 4, 2012

Hari ini aku nak masak Tanddori Chicken makan dengan Capati..
Resepi dalam buku..tiru sebijik, tengok apa akan terjadi nanti...ayam ni kena marinate dalam 12 jam , tapi aku ambik dalam 2 jam sahaja...

 Sambil masak tengok resepi

 Tandoori masala yang telah siap ditumbuk dan digaul dengan ayam

 Harap-harap dapat warna dan sedap macam ni

Haruslah ditutup supaya rasa dapat dikawal

Recipe :
1/2 kg ayam
1 biji bawang
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil coriander seed
1/2 sudu kecil cumin seed
2-3 biji cili dibuang biji
Bahan-bahan ini hendak di tumbuk sehingga halus

*1/2 sudu kecil serbuk cili
*1 sudu kecil paprika
*1/2 garam

Setelah siap ditumbuk, gaul dengan bahan bertanda *, dan disapu sebati di ayam. Setelah itu, tutup dan perap selama 12 jam......
Selamat Mencuba