Jun 11, 2010

Tadi aku tengok pembukaan World Cup 2010, sangat meriah. A lots of colour ya...then tetiba hati aku tersentuh..rasa bangga, macam nak menitiskan airmata. Kenapa?
Aku mengamalkan dasar keterbukaan..mcm minister plak, so bagi aku kita manusia sama saja. Ada bentuk fizikal yang saya ( kecuali yang ada kekurangan ) dan yang pasti ada otak yang boleh berfikir. Cuma, yang membezakan kita adalah cara kita dibentuk dari kecil dan cara kita berfikir bila dewasa.
Di Malaysia, kenapa rakyat Malaysia Melayu, Cina dan India wujud? Kenapa tidak melayu sahaja? Bangsa Melayu yang selalu mempersoalkan hak manusia yang berbanga lain di Malaysia. Kenapa Wujud 1 Malaysia? Itu menunjukkan kita manusia yang sama sahaja...pemikiran yang meletakkan kita berada di mana? Haruskah kita berfikiran terbuka?Haruskan kita bersikap tertutup? Macamana? Haruskan kita menerima keterbukaan yang berlandaskan agama? Mengapa dalam Islam itu sendiri ada pelbagai bangsa ? Itu menandakan kita manusia, yang sama sahaja.
Bangsa Melayu masih lagi berfikiran tertutup. Tidak melayan pekerja asing secara adil dimana mereka mencari sesuap nasi, walhal mereka juga membantu Malaysia. Jika kita tidak membuka peluang untuk mereka, bagaimana mereka nak buka peluang untuk berbakti.
Adakah betul orang bangsa Melayu berpandangan rendah terhadap bangsa lain?Terutama yang kulitnya sedikit gelap dari bangsa Melayu itu sendiri?Aku pun tak tahu....
Bagi aku, kita semua sama. Cara kita berfikiran itu meletakkan darjat kita sebagai manusia dan insan....

0 comments :