Aug 29, 2011


Sudahkah anda membayar zakat? Aku suka bayar last-last minit.Tapi takut jugak terlupa nak bayar, selalu aku akan ingatkan mydarling last 3 day before raya....


KL sesak macam biasa, hari ni adalah hari terakhir berpuasa, aku terpaksa menghantar bos ke kedai, sebab sebelah malamnya dah nak bertolak ke AS. So, bos tak yah balik, dari KL terus ke AS. Aku rasa orang /warga KL yang bukan Islam tak balik kampung kot, sesak macam biasa, maybe diaorg nak sambut merdeka kat KL. Anyways Selamat Hari Raya AidilFitri dan Selamat Hari Merdeka.....

Aug 23, 2011

 Ikan tinggal tulang
 Sawadikap
 Food Hunter I
 Ikan vegetarian, dia makan carrot ja..
Food Hunter II

Last week, aku p masjid India dua hari berturut-turut. Walaupun aku ada pilihan banyak tempat untuk membeli, seperti di Bangi, JJ ka, Pavi ( chewah ) atau mana2  la...aku lebih berminat di Masjid India atau Tunku Abdul Rahman. Wah seronok aku tengok. Betapa meriahnya Malaysia...I LOVE MY COUNTRY....almaklumlah Merdeka just around the corner. Tapi kali ini mmg aku rasa agak puas hati sebab dapat benda2 yang aku nak, cuma susah betul nak cari baju Melayu mydarling ni. So, terpaksa la dia pakai baju lama. Aku rasa tahun depan kena tempah awal2 lagi. Kalau baju sendiri, body aku fit dengan ready made baju yang bersaiz M atau L. So, hari pertama buka puasa di Collisuem Cafe dengan Wani n Wana. Nasi goreng Cili Padi, boleh la tahan...tapi musykil juga, ada bar kat situ, ada jual arak...tapi halal, tapi bar sebelah nun dihujung dan meja2 di tengah....anyway aku yakin ja...Hari kedua buka puasa denga Mizah di Thai Restaurant atas SOGO sana, sedap la jugak, puas hati....Penat berjalan tapi berbaloi, dapat rasa kemeriahan raya , pelbagai bangsa yang pergi shopping. Ya ampun ramai orang pada hari Sabtu tu, Ahad macam reda skit....Ramadhan Terakhir sudah start, mau nonton...

Aug 17, 2011


Salam Ramadan
Dah dengar azan subuh, bermakna stop eating, stop la segala amalan yang akan membatalkan puasa. Pagi aku sahur hanya secebis paratha dan telur kari hancur. Itu adalah menu break emergency, terlewat skit sahur, 5.20 am baru siap masak, so makan pun lambat la. Alhamdullilah, Mydarling not too choosy dalam bab sahur, janji bangun dan menu yang boleh dimakan .
Bila aku ingat balik, banyak nikmat beribadat yang aku terlepas, rasa kerugian. Tu lar, kenappa aku kurang belajar bab agama, aku harap belum terlambat untuk itu. Sementara aku masih tidak sibuk dengan hal lain teringin aku nak buat amalan beribadat di bulan ramadhan ini.Aku berharap agar tuhan memberi peluang untuk memperbaiki diri dalam dan luar.  Amiiinnnnnnnnnn

Aug 16, 2011

Salam Ramadhan,
Dah masuk minggu ketiga kita berpuasa, dah cukup amalan yang dilakukan? Dah kejar apa yang tertinggal? Adakah sama saja seperti sebelumnya..Bagi aku, aku belum sampai lagi nikmat Ramadhan, mungkin kurang amal ibadat yang dilakukan, nak kena tambahkan lagi amalan baik. Ada lagi beberapa hari untuk mengejar segala kebaikan yang ada dalam Ramadhan ini. Moh kita kejar.....Jangan asyik mengejar berapa banyak tudung , baju dan biskut yang dibeli. Kebanyakkan orang kita, sebelum  puasa saja dah buat pengedaran biskut raya untuk dirasa, baju raya untuk ditempah dan majlis buka puasa mana patut pergi. Aku yang serba kekurangan dalam bab amalan ibadat ini rasa lain macam dah dengan orang kita ini. Dulu ramai yang ajak aku g terawih, bila semakin dewasa amalan ajak mengajak g terwaih dah kurang, terpaksa diri sendiri kuatkan semngat untuk bertindak. Orang kita kurang berdakwah, adakah disebabkan mereka rasa rendah ilmu atau 'MYOB'.Semakin jauh orang kita dengan hidup cara Islam..aku rasa la....anyway, ada beberapa hari untuk kita mengejar nikmat Ramadhan, aku berdoa ajar dapat merasainya......

Aug 11, 2011

Salam Ramadhan ,
Pagi ni aku sahur makan nasi lemak sambal ayam mon'z style. Nasi lemak aku sambal dia lain macam skit, tak sama dengan nasi lemak buatan tempatan yang lain.Lepas makan macam biasa kemas rumah skit2, memandangkan madam ada kat umah.Mata ni tak boleh lelap, mungkin aku minum white coffee old town kot. Kepala otak ni mula segar semacam.Tapi aku takut kang sampai opis mula mata macam garfield....
Memandangkan aku agak ada masa, so update blog yang dingin ini.
Kisah wanita ni sentiasa tak habis, sekali seseorang itu telah melukai perasaan seseorang wanita, parut tu lekat hingga ke akhir hayat. Pernah tak hati ini dilukai hingga tak boleh lupa hingga ke akhir hayat?  Tapi walaupun dia telah dilukai dengan dashyatnya, dia tetap setia. Mungkin ini perasaan orang dolu-dolu, orang sekarang, kalau sikit saja disentuh atau dilukai, cerai la jawabnya. Apa beza orang dolu-dolu dengan orang sekarang ? Mereka tetap tiada beza, still manusia dan hamba Allah, cuma zaman yang dan persekitaran yang membezakan manusia itu.Betapa kuatnya pengaruh persekitaran pada manusia itu sendiri. Orang cakap kalau nak berjaya kena la stay atau get along dengan orang berjaya, belajar cara kerja atau displin orang yang berjaya itu secara direct atau indirect. Kalau nak jadi loser, gadaikanlah diri bersama dengan orang-orang loser. Pilihan di tangan kita sendiri.....Pilihan aku adalah nak berjaya dalam semua bidang yang aku buat, tak kira apa jua bidang atau job yang aku dapat. I will do my very best....ayat power, tapi kena lihat juga kemampuan diri, mampu tak kita lakukan. Silap-silap cakap ja lebih, kerja tak macamana pun....Apa jua yang kita lakukan , apa pun back to basic dan bersederhana......

Wasalam.....

Aug 8, 2011

Dalam flight agak penuh, bila turun mana penumpang2 tadi? Diaorg pergi mana eh?

 No Hassle...Peaceful
Arrival Area
Ini adalah hari pertama berbuka puasa diluar sepanjang 5 hari berpuasa. Buka puasa di SR bersama Mizah, Kakcik dan Wani...
Aku order Ayam Masak Asam ..sedap. Rasanya ala-ala tomyam pekat . Diaorg semu dok usha jer makanan aku..hahahhaahah
 Muka ceria nak berbuka
Muka tension nak berbuka..napa ni babe?

Aug 4, 2011



Since I diagnose as SLE patient, I feel semuanya macam serba salah. Keyakinan , keseronokan pun hilang. Tapi yang aku tahu, I must teruskan hidup dengan ceria dan become se-normal yang aku boleh. Susah aku nak predict apa akan terjadi in future.
Kadang-kadang nak pergi opis pun malas, sebab aku tak pick up macam sebelum ini. Aku menjadi pelupa dan lambat betul nak berfikir. Macam rasa lembab sangat. Perkara sebegini amat menakutkan aku.
Jangan takut, mana la biji mata aku ni...fening sudah sebab meeting terlalu lama.....heheheheh

Buka puasa untuk hari ke-3, aku buat marbelles koteow goreng, aku sendiri tak percaya koteow itu menjadi sedap sebegini.....Proud lar.....shedaap


Tengok...tengok...
Zoom dekat skit....