Sep 3, 2011


Warna -warni Merdeka Raya 2011
Kenapa tak sebut Raya Merdeka ? Sebab raya akan jatuh pada 30 Ogos 2011 manakala Merdeka 31 Ogos 2011, mana dulu ? Ke sebut Merdeka Raya followed by alphabet? Tapi Merdeka Raya sedap disebut dari Raya Merdeka kan? Apa pun Selamat Hari Raya dan Hari Merdeka untuk 2011...

Bako-bako, kita bako

Otai tengah dok sembang-sembang

Tepian pantai

Dah kenyang dah

Jetty

..Peace No War...


Malam Merdeka Raya..barbeque yang serba sederhana dan seronok mengeratkan silaturahim antara keluarga, memang menyeronokan. Malam tu juga aku terpaksa menghantar mydarling ke airport, balik KL. Harap semua dapat memahami. Kami sepakat, keluarga Cu bawa seafood, my family sediakan ayam, rempah ratus dan tempat. Keluarga kami dipanggil Pi Mai Pi Mai Tang Tu hahahhaha. Almaklumlah keluarga tak besar. Adakah masalah kesuburan? Entah? Keesokan harinya, raya kedua, kami sekeluarga pergi ke Langkawi, saja-saja pergi jalan-jalan. Dah lama tak melawat pulau kebanggaan Negeri Kedah. Pantai Chenang macam biasa, walaupun raya, masih ramai pelancong, meriah sangat. Kami berjalan-jalan sepanjang pantai Chenang dan selepas tu dinner bersama-sama. Tomyam memang melatop sangat. Bapa aku memang suka kacau mood cucu. Si kecil dan Si tua....berdrama la mereka dalam kereta..potong mood semua. Tapi Alhamdullilah, esoknya kembali normal. Raya ketiga kami bertolak balik, pelan mau beli skit barang, tapi memang tak sempat, sedih ar....tiket bot jam 11.00 pagi tapi percaya atau tidak, kami naik hanya jam 1.15 petang, ramai sangat pelancong dan orang yang bercuti pergi langkawi. Jam 5.30 ptg aku bertolak balik ke Putrajaya bersama bakal hero Malaya..Azlan hehehehe

0 comments :