Apr 28, 2012

Apa kebenaran bagi title di atas...women itu termasuklah ibu, gfren, isteri dan sesiapa yang bernama wanita. Lebih manis jika kejayaan seorang suami di belakangnya adalah isteri yang soleha. Bila aku fikir balik, mampukah aku berdiri dibelakang suami yang belum tentu masa depanya, yang masih mencari dan mendahagakan kejayaan. Dari awal pendakiannya, beliau masih belum mendapat apa yang dicari. Mampukah aku bertahan bersama memikul harapan ini. Selagi nyawa dikandung badan , aku akan sentiasa bersama membanting segala yang ada untuk sampai kejayaan. Akan ku harungi bersama walau dalam onak dan duri....jadi benarkah setiap kejayaan lelaki itu ada wanita ? Jom kita layari bahtera rumahtangga dengan penuh tawakal dan keredhaan......

Apr 25, 2012

Tajuk kali ni memang menyentuh bab kekeluargaan. Aku rasa , hubungan di antara adik beradik perlulah kuat, contohnya anak kau macam anak aku, anak aku macam anak kau...macam satu keluarga besar. Tapi not my family, that was why aku selalu dan lebih suka minta pertolongan dari kawan-kawan. My sibling kadang-kadang , aku tak tahu apa yang mereka fikir...even bila aku meminta sedikit pertolongan, kadang-kadang mereka kurang menolong.Tapi bila mereka dalam kesusahan, aku rasa aku nak bagi yang terbaik. Bukan nak ungkit..tapi itulah hakikat....mereka ini agak berlainan watak dengan ibu bapa aku, bila anak-anak dalam kesusahan, aku rasa ibu akulah yang paling kuat menolong dan berusaha dan cuba untuk menyelesaikan. Walaupun adik beradik sealiran darah kenapa aku masih lagi terasa terasing, bagai orang luar yang cuba meminta pertolongan...sedih juga bila aku fikirkan balik, siapa lagi aku nak harap jika bukan dari mereka. Mungkin ini adalah cabaran untuk manusia yang akan berjaya....aku redha ......siapalah aku ini mahluk Allah yang kerdil...Keluarga aku keluarga kecil....jangan la sampai hati menjadi kecil.....

Apr 20, 2012


Aku selalu mengingatkan diri, kalau kita matang tak bererti kita sempurna. Belajar dari sesiapa sahaja tak kira dari yang muda dari kita. Kita tak boleh ukur tahap IQ dan pegetahuan melalui usia seseorang. Even orang itu lebih berumur, tapi tahap IQ nya rendah...kadang2 walaupun usianya muda , tapi IQ, pengetahuan dan pengalaman nya tinggi, kita perlu beri perhatian. Pengalaman manusia berlainan dari manusia lain. Hormat setiap  pandangan orang terhadap sesuatu perkara...dan aku juga megingatkan diri aku tak layak nak menilai manusia itu kerana aku juga manusia biasa. Hanya DIA yang menilai siapa diri aku dan manusia lain. Yang aku tahu, aku akan cuma menghormati hati dan perasaan orang lain, beri yang terbaik jika diminta pertolongan dan menjaga hubungan sesama manusia. Aku juga mengingati diri agar tidak berkata kasar atau mengungkit setiap yang terjadi...Aku mengingatkan diri agar menghargai manusia yang setia dengan diri ini dan sayang akan diri ini ...Dunia ini sungguh indah jika kita fahami dan menerima seadanya ..walaupun dunia ini sementara, aku juga mengingatkan diri yang aku adalah milikNYA... - Sue ND

Apr 14, 2012

Lama tak update entry ...tak ada yang baru dalam hidup aku..everything going exactly like HE wants....macam biasa, cuma aku dah tak tau macamana nak turun berat badan ni...makin aku control, degil  betul lemak2 ni..tak mo turun, turun pun 1 kg...lepas naik plak 2 kg..turun, naik, turun, naik....pening..last2 aku ignore jer..yang penting ubat on time...dalam 2-3 hari lepas aku ada mimpi yang indah sangat bagi pasangan yang dah kahwin...aku mimpi mengandung...yang peliknya aku boleh tengok muka baby tu...bila aku suruh Mydarling pegang perut, baby tu boleh senyum lagi...indahkan...kan kan...harap2 mimpi menjadi kenyataan..sebab aku rasa zuriat penting untuk setiap insan atau manusia ....kerana zuriat la dapat kita menyambung kasih sayang suami isteri, kaum keluarga yang lain...tapi kalau ditakdirkanNya aku begini , aku terima tapi aku akan cari jalan lain seperti adopt child....tunggu masa sahaja....
.

Aku rasa sejak dah masuk early 30 ni, macam kurang bersemangat berusaha dalam apa2 jua bidang yang dibuat. Tapi sedar diri, tak boleh buat cam tu, tapi rasa malas....tooolooong...Jom layan Awie Rafael....

Apr 3, 2012

Sejak dua menjak ni, aku cepat sangat terasa ....mau tak nya...tahu la nak menegur, tak boleh ke tegur cara dewasa,  cara baik,  tak payah la sound2 macam entah apa2...aku rasa maybe dia tak pernah rasa apa yang aku rasa...maybe Allah tak uji dia dengan sakit atau susah...Allah uji denga kesenangan...Allah itu maha adil...memang mulut dia , suara dia memang kuat, kadang-kadang bingit aku...tapi aku tetap respect sebab dia seorang yang lebih umur dari aku. Kalau tak ...  memang la aku ni seorang rule breaker , nakal pun ada, tapi ada juga perasaan....susah betul kalau orang yang tak memahami perasaan orang, tau nak sound direct ja....entah la..sekarang aku boleh terima, nanti kalau aku dah jauh hati, macam mana? mampukah aku berdepan denga situasi ini....
Sesetengah manusia itu telah berusaha, berusaha tanpa henti tapi Allah masih memberi ujian demi ujian tanpa henti...itu beerti manusia itu dekat dengan Allah .....kerana Allah beri ujian demi ujian kerana Allah menyayangi hambaNya ini.....