Jan 30, 2011



Capati dan sambal bendi


Burger yang macam SUBWAY tu, tapi lupa nak snap yg dah siap

Jan 29, 2011

Sering kita dengar kisah-kisah sayu ibu atau bapa yang ditinggalkan anak. Dalam hati aku sering bertanya, apakah salah mereka? Adakah mereka ini salah mendidik anak-anak itu atau adakah anak-anak itu tidak mempunyai akal untuk membalas budi ibu bapa itu? Aku selalu mengingatkan diri ini, roda berpusing dan begitu juga kehidupan kita. Hidup yang seperti roda, adakala kita bahagia, adakala kita sengsara dan macam-macam lagi.
Ada yang ibu bapa sekarang amat yakin yang mereka mendidik anak-anak mereka dengan begitu baik dan penuh kasih sayang. Bagaimana mereka melaya ibu bapa mereka sendiri pulak? Adakah mereka begitu ikhlas dengan orang tua mereka? Adakah mereka memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada orang tua itu? Jangan dilupa, cara kita melayan kedua ibu bapa kita ini adalah sama seperti anak kita melayan kita kelak.
Moga Allah membuka mata insan-insan naif seperti aku untuk berbakti kepada ibu bapa sendiri dan orang sekeliling faham tujuan sebenar hidup ini.....Tiadalah kita tanpa ibu bapa.....biarlah mereka layan kita seperti sampah atau apa yang tidak sepatutnya, tapi kita perlu menjadikan sampah atau apa yang tidak sepatutnya itu sebagai bahan guna semula , biar memberi manfaat pada yang lain.....keyword ' Berpusing ' ....itulah dunia, what u give, u get back....beringat selalu wahai insan......

Jan 27, 2011

Semalam adalah malam yang sangat panjang, aku sendirian. Dikala aku menonton TV, tiba-tiba sepi dan sunyi itu datang menterjah di lubuk hati ini. Aku mula melayan perasaan yang sayu ini. Sambil aku mengambil ipod dan mendengar lagu kegemaran R&B ku, airmata menitis tanpa disedari. Adakah aku seorang yang romantis atau sensitif ? Aku mula memainkan lagu yang pernah menjadi kenangan lalu, sungguh indah sekali. Aku mengalihkan pandangan ke kiri dan ke kanan, aku keseorangan. Aku cuba memujuk hati ini. Aku tahu ini hanyalah buat seketika.....
Aku memaksa diri untuk bersendirian pada malam ini, kadangkala sepi itu indah, sunyi itu bahagia. Malam ini juga aku tahu siapa dia sebenarnya. Siapa DIA dihati ini, siapa dia disisiku.......



Jan 15, 2011

Adakah baik jika terlalu berjenaka. Dalam Islam adakah berkata-kata tanpa niat itu dikira atau dikira dari niatnya? Berkata-kata kosong itu adakah maksudnya berjenaka? Berkata-kata kosong itu adakah maksudnya bual kosong ? Setakat mana dalam Islam benarkan kita berseloroh atau berjenaka atau melawak? 
Aku rasa ramai yang jahil tentang ini termasuklah aku. Selalunya kita mempermainkan seseorang itu tanpa niat, tetapi dari segi akidahnya adakah ia dibenarkan oleh Islam? Aku selalu juga dok main-main cakap dengan geng-geng kat opis, dok permainkan mereka, tapi dalam aku dok berseloroh itu aku terdetik berdosa tak aku dok cakap-cakap /dok main-main cakap macam ini? Kalau apa yang aku cakap jadi kenyataan nanti, menyesal aku, tapi aku dah terlepas tanpa niat. Ermmmm..macamana? aku nak tanya ustazah/ustaz bertauliah nanti. Aku tak boleh biarkan soalan ini tergantung demi sebuah keredhaan satu kehidupan....
Kuah Rojak MAK BEE...biasa dengar? Sedaaaapppp sangat, hebat rasanya. Tak nyesal aku tak let go to my fren...kuah rojak ni hanya di dapati di sebelah utara atau highway utara. Aku suka makan denga epal. Kalau dengan buah masam-masam ini kurang gemar. Ikut citarasa masing-masing. Ada yang suka makan ngan mempelam, jambu atau buah tropica yang lain. Tapi aku suka buah western ni, like west meet east...baru ada rasa. Taste aku mmg lain skit, my roomate pun bukan dari tropika punya cuaca...


Dah nak abis aku makan sowang2..

 west meet east

Jan 11, 2011

Semalam, lapo lain macam ajer...kepala otak dok pusing2 berfikir nak makan apa...aku g la ke Dapur Mas (DM) dekat Presint 9. Malas aku nak g foodcourt P9 tu, ramai orang. Malu dengan pakai selekeh, almaklumlah budaya orang melayu kita ni, kena pakai sopan dan kena tempat. Tapi aku belasah ajer, ikut suka hati nak pakai apa, so sbb masalah inilah kaki aku melangkah ke DM itu.Sebelum itu aku g petrol pump, g pam minyak dan withdrawal ...
So bila dah sampai aku pun order nasi n tom yam seafood...sementara aku tunggu , aku pun g beli magazine kat kedai sebelah. Thanks God, order dah siap. Ok, aku ke cashier yang agak masam dan kelat itu. Berapa kak? dia tak jawab, aku tengok sendiri kat mesin duit tu, terpapar RM 16.20. ( nasi puith + tom yam seafood)
Mak ai, aku sangkakan RM8.90 ke RM7.90, rupanya....mahal macam hotel. Padahal restoran biasa aje....Aku terdiam dan hulur RM 10 dan RM 10 lagi...Sila lihat pic bawah, betapa spesialnya tom yam ini....actually sedap tom yam ni cuma .......


Dah abis makan

Nasi putih


3 ketul kepah besar = RM10 ( rasanya)


Sebelum dimakan, tomyam dalam bekas kelapa

MAHAL NAK MAMPOS huhuuhuh tak kuasa aku nak layan...

Semangat baru tahun 2011, aku n opismate g senaman. Planning nak g setiap petang, tertakluk pada tahap kesihatan masing-masing. Banyak tempat beriadah di Putrajaya. So, tak ada alasan tak mau senaman atau beriadah....
Yang best kat ssini, sambil bersenam, kita boleh menghayati keindahan alam semulajadi...seperti pic di bawah...weekend ada tourist / student Lim Kok Wing datang berdayung...so tak lar boring sangat....Ada lagi tempat menarik, i'll let u know later...

Ini Masjid Putrajaya

Salah satu alat senaman yang ada

Lokasi : Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8
Waktu : 5.30 pm

Jan 5, 2011

time ni aku suruh crowd ke tepi sbb aku nak bergambar

" kejayaan boleh di ukur berasaskan tahap kebesaran lengan seseorang hehehe"




Weekend end of december, aku g LCCT. Saja nak ambik mood nak g jalan2.Ya ampun, ramai sekali orang kat terminal. Pelbagai bangsa dan agama. Kalau la aku lempar BOM kat situ, tak dak sapa yang tau.Melihat perkembangan di LCCT, aku rasa bangga dan jeles melihat ada orang yang berjaya mentadbir urus Air Asia sehingga menjadi hebat sebegini rupa.Hebat, hebat....boleh aku veragan tak jadi macam MR T...ermm...taking a risk to be successful...are u dare to take a risk..sampai bila aku nak jadi pekerja makan gaji, sampai bila aku nak jadi aku sekarang? cita-cita besar cuma hati belum besar untuk mencabar diri.... Anyway tujuan aku kesana bukanlah nak cari kerja atau cari pasal, aku g hantar orang g Singapore jer heheheh...

Sejarah mengenai Air Asia >>

AirAsia was established in 1993 and commenced operations on 18 November 1996. It was originally founded by a government-owned conglomerate DRB-Hicom. On 2 December 2001, the heavily-indebted airline was purchased by former Time Warner executive Tony Fernandes's company Tune Air Sdn Bhd for the token sum of one ringgit. This was after great deliberation as the initial offer was fifty sen. Fernandes proceeded to engineer a remarkable turnaround, turning a profit in 2002 and launching new routes from its hub in Kuala Lumpur International Airport at breakneck speed, undercutting former monopoly operator Malaysia Airlines with promotional fares as low as RM1 (US$0.27).