Adakah baik jika terlalu berjenaka. Dalam Islam adakah berkata-kata tanpa niat itu dikira atau dikira dari niatnya? Berkata-kata kosong itu adakah maksudnya berjenaka? Berkata-kata kosong itu adakah maksudnya bual kosong ? Setakat mana dalam Islam benarkan kita berseloroh atau berjenaka atau melawak?
Aku rasa ramai yang jahil tentang ini termasuklah aku. Selalunya kita mempermainkan seseorang itu tanpa niat, tetapi dari segi akidahnya adakah ia dibenarkan oleh Islam? Aku selalu juga dok main-main cakap dengan geng-geng kat opis, dok permainkan mereka, tapi dalam aku dok berseloroh itu aku terdetik berdosa tak aku dok cakap-cakap /dok main-main cakap macam ini? Kalau apa yang aku cakap jadi kenyataan nanti, menyesal aku, tapi aku dah terlepas tanpa niat. Ermmmm..macamana? aku nak tanya ustazah/ustaz bertauliah nanti. Aku tak boleh biarkan soalan ini tergantung demi sebuah keredhaan satu kehidupan....
0 comments :
Post a Comment