Dec 26, 2011

Cuti 3 hari ni, aku tak plan pun g mana. Memang tak nak keluar, nak tidur puas-puas. Memang puas betol, 3 hari berturut-turut asyik 12 tghari je bangun...
Memang bercuti betul la kali ni, tapi perut aku mmg sentiasa lapar...tak nak la hentam makan nasi atau benda berat ja selalu. Aku ingat doktor pesan, kalau lapar cari buah. Semalam aku paksa Mydarling g sama-sama cari buah, pergi Darulsalam beli buah, dapatlah 2 biji oren, 2 biji epal dan 1 biji mempelam....makan sampai habis malam tu juga....macam mengidam. 
Malam ni pun macam mulut nak mengunyah, pergi Foodcourt P9, cari rojak..nasib ada.....habuan untuk malam ni...Demi nak mengurangkan berat badan , akan ku cuba menepis nafsu durjana...
 Rojak P9 - tak berapa mari, aku tambah kuah rojak Mak bee

Orange Masam - Tambah kuah Mak Bee bagi rasa masam manis

Dec 24, 2011

Panduan Mengetahui Jika Seseorang Itu Menipu:
1. Belajarlah untuk mengenali defleksi : Kebiasaannya, orang yang berbohong akan menceritakan kisah-kisah yang benar tetapi tidak menjawab soalan yang ditujukan kepada mereka. Sebagai contoh, jika mereka ditanya “ Adakah anda pernah memukul isteri anda?”. Mereka menjawab “ Saya mencintai isteri saya sepenuh hati, mengapa saya berbuat sedemikian?”. Secara teknikal, mereka menyatakan kebenaran tetapi mereka hakikatnya mengelak untuk menjawab soalan yang asal dan bererti mereka sedang berbohong.
2. Jawapan yang meleret: Mereka yang menjawab soalan meleret adalah cenderung untuk menipu untuk mendapatkan kepercayaan anda. Contohnya “ Ibu saya tinggal di Perancis, bukankah seronok tinggal di sana? Tidakkah anda suka melihat menara Eiffel? Ia sangat bersihkan?”. Jawapan mereka adalah lebih daripada apa yang diminta.
3. Illustrator dan Manipulator : Illustrator adalah mereka yang bercakap benar di mana mereka mereka menggunakan gerakan tangan ketika bercakap. Mereka yang menggunakan gerak tangan ketika bercakap adalah mereka yang bercakap benar. Manipulator pula adalah lawan kepada Illustrator. Manipulator boleh bermain dengan jam tangan anda atau menarik cuping telinga anda ketika sedang bercakap dengan mereka. Orang yang berkelakuan seperti ini cenderung untuk menyembunyikan sesuatu. Setiap manusia mempunyai reptile tissue di mana ia akan merasa gatal ketika seseorang sedang menipu. Sebelum memastikan seseorang menipu, anda perlu membuktikan base line terlebih dahulu.
4. Membuktikan Base line: Base line ialah garis panduan asas untuk mengesan seseorang itu menipu. Anda seharusnya perlu membuktikan base line sebelum tindakan yang seterusnya. Bagaimana jika seseorang itu memang sudah gatal hidungnya dari rumah. Dan orang yang bertanya soalan kepada anda menyangka anda menipu kerana menggaru hidung ketika menjawab soalannya? Apakah yang perlu seseorang lakukan dalam mebuktikan base line tersebut? Untuk membuktikan base line tersebut, tanyalah soalan-soalan yang tidak membuatkan seseorang hendak menipu seperti nama mereka, apakah pekerjaan mereka dan sebagainya.
5. Mengesan ekspresi Mikro: Ekspresi mikro ialah perubahan air muka seseorang dalam tempoh kurang daripada 25 saat di mana perubahan air muka ini mendedahkan emosi atau perasaan sebenar seseorang. Sesetengah individu adalah secara semulajadi sensitif terhadap perubahan air muka seseorang tetapi kebanyakan individu dengan mudah dapat melatih diri mereka sendiri untuk mengesan ekspresi mikro ini. Bahagian-bahagian ekspresi ini kebiasaannya ialah kelopak mata atas dan bawah, hujung mata, mulut, otot-otot di sekitar mulut dan dahi.
6. Berjabat tangan : Bila anda berjumpa dengan seseorang yang anda rasa dia menipu anda, bersalamlah dengannya(ok, patutlah Patrick Jane selalu minta kat orang nak pegang tangan). Rasa suhu tangannya. Bila anda pasti mereka sedang menipu, berpura-puralah yang anda harus cepat pergi sambil memegang tangannya sebagai sentuhan selamat tinggal. Jika suhu tangan mereka sejuk, mereka sebenarnya takut kerana menipu.
7. Perhatikan gerakan mata seseorang: Orang yang menipu kebiasaaannya akan lama bertentangan mata dengan individu di hadapannya. Individu yang bercakap benar secara semulajadi akan memandang ke arah lain dan tertumpu kepada sesuatu objek yang tidak bergerak untuk membantu mereka lebih fokus dan ingat kenyataan yang benar. Orang yang menipu akan sengaja membina kontak mata dengan individu di hadapannya untuk kelihatan lebih tulus dan ikhlas. Anda boleh mengetahui samada seseorang mengingati sesuatu atau membuat satu fakta baru berdasarkan gerakan anak mata mereka. Jika seseorang sedang cuba mengingati sesuatu anak matanya akan ke kanan manakala jika seseorang sedang membuat fakta baru anak matanya akan ke kiri. Tetapi tidak semuanya akan ke kiri jika mereka menipu.
8. Berjaga-jaga dengan emosi penipu:
o Tiada tempoh masa ketika bersoal jawab jika seseorang menipu: Jika anda menanya soalan kepada seseorang dan dia menjawabnya serta merta, mereka berpotensi untuk menipu. Ini disebabkan mereka sudah bersedia dengan jawapan yang dilatih untuk mempercepatkan proses soal jawab. Lambat dalam memberi jawapan juga berpotensi membuatkan seseorang menipu. Untuk bercakap benar, otak manusia akan menggunakan 2 bahagian dalam otak dan untuk menipu, otak manusia memerlukan 6 bahagian otak. Jika penipu tersebut bercakap banyak, anda seharusnya bertanyakan apa yang terjadi dalam tempoh terdekat sebelum itu? Kebiasaannya orang yang menipu akan menghadapi masalah dalam menceritakan sesuatu yang terjadi sebelumnya kerana dalam fikiran mereka hanya dilatih untuk memberitahu sesuatu yang akan terjadi, bukan apa yang telah tejadi. Dan jika orang menipu tersenyum, ekpresi senyuman mereka hanyalah terhad di sekitar mulut sahaja, tidak pada keseluruhan wajah.
o Beri perhatian kepada reaksi orang yang menipu jika anda menanyakan soalan: Kebiasaannya, orang yang menipu akan merasa tidak selesa di mana mereka akan menoleh ke kiri dan ke kanan dan tubuh mereka beralih ke arah lain atau secara tidak sedar mereka menempatkan sesuatu objek di antara anda dan mereka. Bagi mereka yang bercakap benar dan yakin mereka tidak bersalah akan melahirkan ekspresi marah dalam mikro ekspresi selepas anda menyatakan bahawa anda tidak mempercayai kata-kata mereka. Manakala orang yang bersalah akan bersikap mempertahankan diri mereka dengan meyakinkan anda dengan fakta mereka (lihat defleksi).
9. Perhatikan penggunaan perkataan yang digunakan. Ekspresi kata-kata memberikan banyak maklumat jika seseorang itu menipu seperti :
o Menggunakan dan mengulang-ulang perkataan yang anda gunakan dalam pertanyaan anda.
o Tidak menggunakan kontraksi.
o Mengelak dari jawapan sebenar dan menambah cerita (defleksi)
o Banyak bercakap dalam usaha meyakinkan
o Bercakap dengan tone suara yang mendatar
o Berterabur ketika bercakap
o Menggunakan ayat seperti “ Saya akan beritahu ini sekali sahaja…”
o Membuat lawak untuk mengelak objektif proses
10. Senyap sebentar: Jika mereka menipu, mereka akan merasa tidak selesa jika anda merenungnya dengan eskpresi tidak percaya. Jika mereka bercakap benar, mereka akan marah atau kecewa ( mengetap bibir dan kelopak mata menegang)
11. Tukar topik dengan cepat: Individu yang tidak bersalah akan keliru dengan topik yang ditukar dengan cepat dan akan cuba untuk kembali kepada topic sebelumnya manakala orang yang bersalah akan merasa lega dengan topik yang ditukar. Mereka akan merasa lebih lapang dan santai.
12. Lihat tekaknya: Orang yang menipu akan cuba untuk membasahkan tekaknya dengan cara kerap menelan air liur atau batuk kecil untuk melegakan ketegangan dalam tegaknya yang dibina. Suara juga merupakan tanda terbaik untuk menentukan samada mereka menipu atau tidak, mereka menjadi lebih cepat atau lambat bercakap dari kebiasaannya atau tiba-tiba bercakap dengan nada yang tinggi.
13. Hakimi watak mereka: Kebanyakan individu akan bercakap benar dan akan memastikan reputasi mereka terjaga. Orang yang menipu akan cuba meningkatkan reputasi mereka sehingga mereka kelihatan merekalah yang paling berkaliber, tidak seperti yang orang sangkakan mereka adalah penipu.

Dec 22, 2011

Nak kongsi sikit pasal SLE ni, memang pengidapnya kemungkinan akan ada tompok-tompok ni, kalau tak muka , mana2 yang dia rasa nak tumbuh.  Kena elak STRESS dari terkena benda2 gini. Makan ubat selalu dan sentiasa bertenang. Kalau kena panas atau berpeluh2 pun boleh juga terkena. Aku mbe sebab berpeluh semalam, nak kena mandi selalu, tak kira waktu.....
 Tompok-tompok ni macam kena minyak panas,aku sendiri tak sedar bila ia datang menyerang.

Kat belakang dan tengkok ada sikit. Susah hati jugak macamana nak hilangkan semua ni.

Dec 21, 2011


Ermmm, patut la, kadang2 cepat beno aku rasa nak marah, sayu dan tersinggung. Aku cuba nak redhakan perasaan ni, tapi tangkap kepala jadi pening. Cam na nak buat ni? Perlukah aku luahkan semua perasaan hingga boleh menginggung perasaan orang lain demi menjaga hati ni dan penyakit ni ....dulu kalau marah2 pun tak la sampai pening....sekarang tidak lagi....
Kes 1 : Situasi kereta buat hal, aku dok fikir , macamana kalau aku bawa tetiba kereta rosak tgh jalan, memang ada kereta lagi satu, tapi itu Mydarling buat g kerja, dok fikir , dok buat kira2...sampai tertidur. Esoknya bangun pagi terus ngap kepala pening..... 

Kes 2 : Waktu menunggu ubat di farmasi....tetiba aku jadi tension ngan kaunter yang lambat dan terhengeh2....sebelum ni aku tahan, sekarang aku cepat naik temp...pastu terus pening...ish..ish...
Kesannya : Aku dah ambik ubat darah tinggi dan kolestrol plak setelah 9 bulan dengan SLE...


Ubat-ubat baru dan lama...


287 lagi nak tunggu giliran sampai..dah hangin dah 1 bab


Ramai sangat, aku dah macam nak give up...

Dec 17, 2011

Aku menyahut cabaran...mulakan perniagaan sendiri ( aku sendiri turun padang ) hari ni aku dah mula buat marketing keci-kecilan...pergi Semenyih buat marketing skit, Alhamdullilah, mereka menerima dan mendengar ( tak beli lagi ). First time tu berdebar jer, macam nak g dating plak...bila aku langkah ke dalam kedai tunjuk barang, walaupun mereka tak terus order, tapi respon tu baik....mereka layan aku dengan baik...Alhamdullilah.....First move...Terima kasih pada wanny yang sudi menemani....kalau aku berjaya nanti, tak kan lupa jasa baik mu....
Minggu ni aku nak buat quotation dan apa yang patut....moga aku aku tabah dan cekal....

Dec 15, 2011

Kadang-kadang aku terfikir, kelebihan diri aku ini, mungkin kekurangan bagi sesetengah orang lain. So, tak payah la aku bercerita tentang kelebihan pada orang lain. Mungkin akan menguris dan mengundang kesedihan pada seseorang. Bila aku ke facebook, membaca wall, kadang-kadang aku rasa ralat dengan sesetengah friends aku telah mentelanjangkan kelebihan mereka....adakah mereka tidak terfikir, itu semua akan mengundang kesedihan pada orang lain. Ermmmm.....Contohnya, mereka bercerita betapa cantiknya badan mereka itu...sehingga menjadi kegilaan lelaki, apakah perasaan friends lain yang berbadan besar yang mana, dia telah berusaha menguruskan badan tetapi gagal dan gagal digilai walaupun seorang lelaki.....
Contoh2...seseorang berkahwin dan hidup bahagia , lalu menceritakan kebahgiaan kepada wall dengan meletakkan status yang dia lah yang paling bahagia dah tak ada orang lain dah.....walaupun friends lain (yang baik hatinya) mendoakan kebahagiannya itu, tapi masih terasa kekurangan jika hidup sesetengah rumahtangga friends itu sedang meruntuh......Oleh itu, jangan terlalu kita menunjukkan kelebihan yang diberiNya , mungkin ia akan menguris hati dan perasaan insan yang kurang bernasib baik....

Dec 10, 2011

Boring betulkan, asyik2 cerita benda yang tidak ada motivasi....tak sedap badan lar, letih lar, tak larat..dan benda-benda yang sakit-sakit ja...tapi nak buat macamana ni la hakikatnya...hari ni pun aku tak larat sangat...baru semalam petang jalan-jalan nak excercise ngan kawan-kawan, hari ni dah tak larat, bangun kul 11.30 pagi....Mydarling asyik tanya..r u ok? berapa kali dah dia tanya....aku ok, cuma biasa la....
Sometimes aku saja bzkan diri dengan pergi window shopping, dengan cara ni dapatla aku bersenama secara tak sengajakan...
Ada perkara yang bermain-main difikiran ni...macamana aku nak buat marketing? ada project baru nak aku buatkan, tapi malu la...jual beg / pouch kat supplier...murah gila...ermmmm...dan ada beberapa lagi project yang aku fikirkan...aku nak buat event management secara kecil-kecilan.....untuk majlis-majlis kecil-kecil ja seperti cukur jambul, tunang, birthday dan lain-lain yang kecil....tapi sometimes aku tak terdaya nak fikir, badan asyik dok letih...tooolooong.....

Gambar selepas dan sebelum
Dua gambar comelkan....aku dah rasa macam Fiona dalam Shrek....

Dec 6, 2011

Entah napa la badan ni, sejak dua menjak asyik tak sihat aja....bukan demam cuma agak2 letih dan suam2 kuku...takut SLE menyerang, tapi i will fight for it....

Bulan lepas my lovely boys and girl datang umah, jalan2 sambil cuti...
 Yat
 Kakak makan sandwich sardin
 Sedap
 Big Boys
 Boys and Gurl
 Sedap lagi

Tetamu jauh datang ,diaorg dtg ngan papanya yang ada urusan di KL, so tinggalkan anak-anaknya bersama aku di Putrajaya..aku g ambil diaorg kat Tol kat Duta... alahai cian diaorg, time diaorg dtg aku still no RM...so belanja light-light aje...bawa g jalan-jalan putrajaya pun tak sempat, hujan bagai...masa nak balik kereta  aku pulak buat hal, bateri habis...tumpang la keta kcik hantar diaorg kat Ampang Point sebab papanya ada disitu....habis hantar diaorg, apa lagi meronggeng la kami...anyway love to have u around.....

Dec 2, 2011

Actually, ada reason yang membuatkan aku agak kurang stabil. Sebab-sebab utama ketidak stabilan hormon asguggus adalah :
1- Mydarling tak ada income for <>3 month
2- Aku kehabisan stok duit
3-Badan suam sejuk, tak menentu
4-Kereta buat hal- 2 mingguu tersadai
5-Kena pergi hospital- byk appointment
6-S*&- deactivate
7-Tetamu jauh datang secara tiba-tiba
8-Liat bangun pagi- pagi je badan rasa lemah
9-Nak kena habiskan keje pejabat
So, masalah utama skang adalah duit, duit......tapi aku redah jer onak dan duri ini....macamana aku face the crisis, apa lagi kekawan terdekat la sumber inspirasi....thanks for being my friend....
Akhirnya dah sampai penghujung crisis, Mydarling dah back to normal ( kedai beroperasi macam biasa ) n mylife back to normal....( bonus nak dtg )
demok - the adult