Feb 11, 2012

Semalam, balik saja opis terus bergegas ke Presint 14, apa lagi 6P ler..aku kan berurusan dengan warga asing heheheh.....nak daftar staff yang tercicir..paspport sepatutnya kena valid sehingga 1 tahun, sebelum ni one of the staff passport hanya 6 bulan. Sepatutnya bagitau la awal2. Dalam kaunter 6P ni, ada dua jabatan terlibat, satu imigresen dan satu lagi KDN. Yang bahagian semak menyemak Imigresesn yang buat dan masa interview KDN yang buat. So, dari situ kita dah tahu yang diaorg tak well brief dari orang yang terlibat. Anyway ok jer, sebab di sini selesa, boleh sabar menunggu . Dah akhir-akhir tarikh due ni, tak ramai dah. Sebelum ni, sesak dan ada yang dah mengamuk.Di Presint 2 , pun ada, tapi ya Allah, ramai betul. Siap ada jualan makanan lagi. Untuk kemudahan semua.
 Antara flow yang kena buat :
1. Ambil No di kaunter hadapan untuk daftar/update majikan dan staff
2. Lepas daftar/update, dapat slip PATI untu majikan
3. Ambil No di kaunter hadapan untuk dapatkan tarikh interview
4. Sebelum buat semakan, kena binding semua dokumen yang lengkap.Jika tak lengkap , pegawai tak akan
verified tarikh interview. Kena buat sehingga lengkap.
5. Datang pada tarikh dan masa yang ditetapkan untuk interview.
6. Bila lulus, bayar LEVI dalam RM1,800 anggaran  seorang pekerja.
7. Bila dah bayar, dapat letter approval dan buat check up kesihatan (FOMEMA)
8. Update secara online dan akhirnya VISA permit pekerja am akan dikeluarkan dalam masa 3 hari, cuba banyangkan berapa ramai perkerja warga asing yang dah daftar dan bayar LEVI.
1,800 x 1juta = RM ? ( pun tak mampu naik kan gaji gov servant dengan adilnya )
Ini baru bab ni, macamana dengan other tax? food tax, import tax, car tax other taxes ? 

Bos tengah isi borang
Isi borang maklumat dulu
Diantara kaunter sementara yang ada di Presint 14

Lepas hempas pulas penat menunggu , aku gi makan di MR.BRIYANI AND KEBAB Presint 14.
Memang sedap, aku suka, beryani tak macam kedai mamak, kedai mamak no kualiti. Nan pun sedap, kena denga tekak aku and mydarling. 

0 comments :