Hari ini aku nak masak Tanddori Chicken makan dengan Capati..
Resepi dalam buku..tiru sebijik, tengok apa akan terjadi nanti...ayam ni kena marinate dalam 12 jam , tapi aku ambik dalam 2 jam sahaja...
Sambil masak tengok resepi
Tandoori masala yang telah siap ditumbuk dan digaul dengan ayam
Harap-harap dapat warna dan sedap macam ni
Haruslah ditutup supaya rasa dapat dikawal
Recipe :
1/2 kg ayam
1 biji bawang
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil coriander seed
1/2 sudu kecil cumin seed
2-3 biji cili dibuang biji
Bahan-bahan ini hendak di tumbuk sehingga halus
*1/2 sudu kecil serbuk cili
*1 sudu kecil paprika
*1/2 garam
Setelah siap ditumbuk, gaul dengan bahan bertanda *, dan disapu sebati di ayam. Setelah itu, tutup dan perap selama 12 jam......
Selamat Mencuba
0 comments :
Post a Comment