Jun 12, 2011

Sering kita tengok surat khabar di Malaysia ni sentiasa dengan cerita-cerita hangat semasa. Paling meletop akhbar Metro, Kosmo ( tak salah aku la ). Aku selalu dok buka Metro, tapi kadang-kadang aku sampai naik muak nak baca. Ayik-asyik cerita kena rogol, pelacur, mat rempit, warga asing dan seks. Dari segi nama Metro, memang la metro sangat tajuk utama akhbar tu. Tapi bagi aku rasa macam demotivated oleh mereka ini. Aku rasa mereka ini perlu ada sedikit perubahan bagi keperluan pembaca seperti aku ini. Adakah orang-orang melayu memang suka baca isu-isu dan cerita hangat yang macam ni?
Ermmm.....bagi aku ini bukan perkara yang suka-suka, malu oooo..asyik-asyik cerita pasal perkara yang tidak senonoh. Mana perginya moral orang kita. Dah terbukti orang kita dah tak bermoral sebab hari-hari ada tajuk utama di Metro yang menceritakan tabiat orang kita yang tidak bermoral.
Cuba la cerita pasal menaikkan ekonomi ka, nak hapuskan sektor pelacuran ka dan benda lain-lain yang tak menunjukkan kebodohan melayu itu sendiri. Media memang main peranan penting, sebab kita memang cepat terpengaruh dengan apa yang ditulis.Seboleh-bolehnya elak la letak tajuk utama perkara yang mengaibkan orang kita.

Diantara tajuk utama seminggu lepas.

12/6 Gagal kawal nafsu
6/6  Nyaris jadi habuan

0 comments :